KERTAS 3 TAHUN 2014
TEMA UMUM
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 2013, jentera pentadbiran kerajaan
Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
CADANGAN JAWAPAN
KERTAS 3 TAHUN 2014
DEMOKRASI
BERPARLIMEN
Latar belakang
sistem Demokrasi Berparlimen
·
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan
telah diperkemaskan.
·
Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah
berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
·
Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
·
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
·
Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
·
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
·
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak merdeka pada tahun 1957.
·
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara
·
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
·
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
·
Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
·
Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada
melalui pilihanraya
·
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
·
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran
dengan perkembangan politik semasa.
·
Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera dan stabil.
Konsep Perlembagaan
·
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.
·
Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.
·
Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
·
Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
·
Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan
yang terkandung di dalamnya.
·
Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi
183 perkara.
·
Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan
persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.
·
Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan
kehakiman.
·
Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan
·
Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,
kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri
Keluhuran
perlembagaan
·
Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu
sendiri.
·
Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan
Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan
·
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
·
Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
·
Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen,
jemaah Menteri, dan mahkamah
·
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia
adalah tidak sah
Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
· Melindungi kepentingan rakyat.
· Menjaga keselamatan Negara.
· Melicinkan urusan.
· Supaya sentiasa releven.
· Sesuai dengan keperluan semasa.
· Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
· Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
· Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.
· Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.
· Mengelakkan perbalahan kaum.
· Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya
·
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
·
Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan
prosedur yang telus dan teratur.
·
Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan.
·
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
·
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
·
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia.
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
·
Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
·
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin
pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang.
·
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Tujuan Pilihan Raya
·
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan
Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung
Malaysia.
·
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
·
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan
kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
·
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal
tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
·
Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari
bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan
itu.
Proses Pilihan Raya di Malaysia
·
Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·
Penamaan calon.
·
Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
·
Pelancaran kempen pilihan raya.
·
Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan
undi oleh SPR.
·
Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti
calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.
·
Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas
undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
·
Pembuangan undi.
·
Pengiraan undi.
·
Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan
Raya.
Kelayakan Calon
·
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai
mana-mana parti politik yang mereka gemari.
·
Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding
dalam pilihan raya.
·
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya
mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia,
sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
·
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai
ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang
daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat
pengampunan.
·
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding
atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
·
Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada
hari penamaan calon.
Kelayakan Pengundi
·
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
·
Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang
warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin,
tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.
·
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah
kawasan pilihanraya sahaja.
·
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan,
pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara
mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
Kempen Pilihan Raya
·
Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan
sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada
pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
·
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas
hari sahaja.
·
SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh
seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir
urus setia.
·
Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
·
Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan
dasar SPR.
·
Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan
efektif dan adil.
Kepentingan Pilihan Raya
·
Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam
sistem pemerintahan demokrasi.
·
Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu
perkembangan politik semasa.
·
Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih
pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan
demokrasi melalui pilihan raya.
Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia
·
Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada pemimpin yang dipilih.
·
Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik
negara.
·
Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.
·
Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan
berkualiti.
·
Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan
berpersatuan.
·
Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik
mungkin kepada rakyat.
·
Ekonomi negara akan berkembang maju.
·
Mengekalkan kestabilan politik negara.
Kebaikan Amalan Demokrasi
·
Mengekalkan kedaulatan kerajaan.
·
Kerajaan dipilih oleh rakyat.
·
Berpeluang menentukan kepimpinan negara.
·
Menentukan masa depan negara.
·
Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.
·
Kecekapan pentadbiran negara.
·
Kestabilan negara aman.
·
Memudahkan perancangan kerajaan.
·
Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·
Menjamin hak rakyat.
·
Mengurangkan tekanan antarabangsa.
·
Memperkukuhkan perpaduan.
·
Mengekalkan perkongsian kuasa.
·
Kerajaan stabil.
·
Kemajuan ekonomi.
·
Menarik pelaburan asing.
Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan
· Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.
· Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
·
Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.
·
Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.
·
Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat
sekolah.
·
Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
·
Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.
·
Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
·
Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
·
Mengutamakan kepentingan negara.
Kebaikan Sistem Pemerintahan Demokrasi
·
Rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.
·
Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.
·
Pemimpin tidak berkuasa mutlak.
·
Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.
·
Menjamin hak asasi rakyat.
·
Memastlkan keamanan.
·
Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.
·
Kedaulatan di tangan rakyat.
Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara
·
Menjaga nama baik negara.
·
Mewujudkan kerjasama.
·
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.
·
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.
·
Bertolak ansur dalam politik.
·
Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.
·
Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.
·
Menghormati lambang-lambang negara.
PERANAN BADAN
KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH
Badan kehakiman
·
Menentukan kesahihan undang-undang
·
Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri
·
Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil
dan jenayah.
·
Perkara sivil berkaitan dengan saman.
·
Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan
mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).
·
Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.
Sistem mahkamah
·
Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.
·
Mentfsir undang-undang.
·
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
·
Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak
sah di sisi undang-undang.
·
Melaksanakan undang-undang
·
Tidak boleh meminda undang-undang.
CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
·
Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.
·
Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
·
Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara
·
Merupakan dewan tertinggi
·
Mengandungi 69 orang ahli.
·
Mewakili setiap negeri.
·
Ahli digelar Senator.
·
Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.
·
Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
·
Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.
·
Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
·
Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang
di-Pertuan Agong.
·
Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan
cemerlang dan berpengalaman.
·
Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan,
atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
·
Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·
Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong
yang mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah
Persekutuan Labuan.
·
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang
terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang
profesional.
Dewan Rakyat
·
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.
·
Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
·
Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.
·
Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.
·
Tempoh keanggotaannya lima tahun.
·
Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di
peringkat Dewan Rakyat.
BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)
Jemaah Menteri
·
Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet.
·
Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.
·
Pembuat dasar tertinggi negara.
·
Diketuai oleh Perdana Menteri.
·
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai
sesebuah atau beberapa kementerian.
Kementerian
·
Kementerian bertanggungjawab
menggubal dasar-dasar kerajaan.
·
Merancang serta menyelaraskan program pembangunan
ekonomi dan sosial.
·
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.
Menteri
·
Menteri dibantu oleh
Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
·
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam
kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
·
Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana
Menteri.
Perkhidmatan
Awam
·
Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).
·
Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan.
·
Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian (KSK).
·
KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali
sebagai pegawai perkhidmatan awam.
·
Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh
kerajaan.
·
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan
gelaran Ketua Pengarah.
Badan Berkanun
·
Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.
·
Mempunyai kuasa autonomi tertentu.
·
Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
·
Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
Suruhanjaya
·
Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan
pemantauan disiplin.
·
Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA),
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang
dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.
·
Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan
oleh kementerian.
·
Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam
Negara.
·
Pembacaan pertama di Dewan Negara dan
·
Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
·
Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang
dibahaskan.
·
Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang
pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
·
Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan
·
Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan
untuk dikemukakan ke Dewan Negara.
·
Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang
sama seperti di Dewan Rakyat
·
Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.
·
Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta
Kerajaan.
Kepentingan pengagihan kuasa
kepada tiga badan pentadbiran
·
Menjamin
kesejahteraan hidup rakyat
·
Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa
berlaku.
·
Berperanan untuk mengimbangi check and balance dalam
pentadbiran.
·
Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap
rakyat.
·
Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat
dilindungi.
·
Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.
·
Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.
·
Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.
·
Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.
·
Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
·
Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.
Usaha-usaha
meningkatkan kecekapan pentadbiran
·
Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.
·
Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan
·
Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti
dikaunter perkhidmatan.
·
Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan
pantas.
·
Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.
Ciri-ciri pemimpin negara
·
Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik,
ekonomi dan sosial.
·
Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .
·
Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam
pentadbiran.
·
Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan
pentadbiran.
·
Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran.
·
Seorang yang profesional dalam tindakanya.
Peranan badan perlaksana
·
Pembuat dasar tertinggi Negara.
·
Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
·
Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.
·
Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.
·
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan / merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.
·
Terdapat 26 kementerian.
·
Kementerian diketuai seorang menteri.
·
Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/
politik.
·
Menteri tak berpotfolio.
·
Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.
·
Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara
·
Dibantu oleh kakitangan kerajaan.
·
Bertanggungjawab melaksanakan tugas.
·
Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.
·
Jabatan di peringkat pusat/ daerah.
·
Badan berkanun berkuasa autonomi.
·
Mempunyai kewangan sendiri.
·
Ditadbir lembaga pengarah.
·
Penubuhan suruhanjaya.
Kebaikan sistem pemerintahan demokrasi
·
Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.
·
Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan
·
Pemimpin tidak berkuasa mutlak
·
Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
·
Menjamin hak asasi rakyat
·
Memastikan keamanan
·
Menjamin kerajaan yang adil/ stabil
·
Kedaulatan di tangan rakyat
Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara
·
Mengekalkan kedaulatan negara.
·
Kerajaan dipilih oleh rakyat.
·
Berpeluang menentukan kepimpinana negara.
·
Menentukan masa depan negara
·
Berpeluang menentukan kepimpinan negara
·
Menentukan masa depan negara.
·
Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.
·
Kecekapan pentadbiran negara
·
Kestabilan negara aman.
·
Memudahkan perancangan kerajaan
·
Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·
Menjamin hak rakyat.
·
Mengurangkan tekanan antarabangsa.
·
Memperkukuhkan perpaduan.
·
Mengekalkan perkongsian kuasa.
·
Kerajaan stabil.
·
Kemajuan ekonomi.
·
Menarik pelaburan asing.
Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.
·
Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara
yang betul.
·
Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
·
Mengelakkan campur tangan asing.
·
Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.
·
Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah
lagi.
·
Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
·
Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.
·
Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
·
Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
·
Mengutamakan kepentingan negara.
Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.
·
Menganggotai mana-mana parti politik.
·
Mendaftar sebagai pemilih.
·
Menjadi calon pilihan raya.
·
Bertanding atas parti atau calon bebas.
·
Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
·
Memilih pemimpin yang amanah.
·
Memilih pemimpin berwawasan.
·
Memilih pemimpin yang mesra rakyat.
·
Tidak menyertai demonstrasi haram.
·
Tidak menganggotai pertubuhan haram.
·
Memilih pemimpin.
·
Menghormati hak asasi manusia.
·
Patuh pada undang-undang negara.
·
Bertolak ansur.
·
Bekerjasama.
·
Hormat-menghormati
Kejayaan yang dicapai oleh negara kita
·
Pemodenan pertanian.
·
Perkembangan teknologi.
·
Pelaksanaan k-ekonomi.
·
Tumpuan pelancong asing.
·
Hubungan antarabangsa berkembang
·
Kemajuan sistem pengangkutan.
·
Kemajuan sistem komunikasi.
·
Pembuatan automobil/ industri berat.
·
Sektor perkilangan.
·
Industri elektronik.
·
Pembangunan wilayah.
·
Koridor raya multimedia.
·
Penganjuran sukan antarabangsa.
·
Hub pendidikan bermutu.
·
Pusat kecemerlangan pendidikan.
·
Pusat kecemerlangan pendidikan.
·
Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar
negara.
Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.
·
Kemunculan golongan radikal.
·
Masalah perpaduan.
·
Kewujudan pelbagai kaum.
·
Gejala sosial.
·
Perlakuan jenayah.
·
Kebanjiran pendatang asing.
·
Peluang pekerjaan.
·
Globalisasi.
·
Masalah kemiskinan.
·
Jurang ekonomi antara kaum.
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
·
Memperkukuh perpaduan.
·
Penguatkuasaan undang-undang.
·
Mewujudkan konsep 1 Malaysia.
·
Memastikan Wawasan 2020 tercapai.
·
Menghayati Rukun Negara.
·
Mewujudkan rakan cop.
·
Menambah peluang pekerjaan
·
Memperketatkan kawalan sempadan.
Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil
daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah…
·
Memelihara perpaduan
·
Mengekalkan keamanan
·
Bersikap toleransi
·
Bersedia menerima perubahan
·
Saling memahami
·
Bertanggungjawab
·
Bersikap inovatif dan kreaktif.
·
Patuh kepada undang-undang
·
Menghormati pemimpin
·
Semangat cintakan Negara
·
Menghormati lambang Negara
Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara
·
Menjaga nama baik Negara
·
Mewujudkan kerjasama
·
Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
·
Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
·
Bertolak ansur dalam politik
·
Merealisasikan dasar – dasar kerajaan
·
Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara
·
Menjayakan konsep 1 Malaysia
·
Patuh kepada undang-undang
·
Setia kepada pemimpin
·
Menjaga kedaulatan negara
Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
·
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
·
Menghormati lambang-lambang kebesaran.
·
Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis
berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.
·
Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
·
Mencari maklumat berkaitan melalui internet
·
Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja
Melayu
·
Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.
CADANGAN KESIMPULAN
Pengetahuan:
·
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
·
Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu
badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.
·
Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.
Iktibar
·
Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
·
Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan
politik dan kemakmuran ekonomi.
·
Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat
mengekalkan keharmoniam negara.
·
Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan
pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.
·
Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.
Harapan
·
Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya
dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada
dunia.
·
Diharap semua rakyat mematuhi
dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.
No comments:
Post a Comment