SPM 2014 SEJARAH
KERTAS 3
Cadangan soalan dan
jawapan. ( soalan 1, 2,3)
Aras 1.
Mentakrifkan demokrasi berparlimen .
F1 Demokrasi
Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
F2 Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
F3 Rakyat
berpeluang membentuk kerajaan
F4 Rakyat bebas
memilih perwakilan melalui pilihan raya
F5 Rakyat berhak
menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya
F6 Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di
Malaysia
F7 Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk
menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa
F8 Sistem
demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan
stabil
ESEI SOALAN
1
Demokrasi Berparlimen bermaksud
rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula
menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang
membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong, mengekal atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. Selaras dengan
peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem
pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan
yang adil, sejahtera, dan stabil
2. Menyenaraikan ciri-ciri Demorasi berparlimen
i) Perlembagaan:
F1 Undang-undang tertinggi
F2 Dokumen rasmi
F3 Peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan
F4 Jaminan kerajaan menunaikan
tanggungjawab
F5 Pembahagian kuasa antara persekutuan dan
negeri
F6 Mengandungi 183 perkara
F7 Ada institusi Yang DiPertuan Agong,
Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
F8 Keluhuran perlembagaan prinsip
Rukunegara ke 3
F9 Menjamin kestabilan sesebuah negara
F10 Pindaan perlembagaan dibuat atas kepentingan
rakyat dan negara
( 10x1= mak 10m )
ii) Raja Berperlembagaan
F1 Sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam perlembagaan Malaysia
F2 Yang
Dipertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
F3 Baginda
tidak boleh bertindak bersendirian kecuali dalam perkara tertentu atas budi
bicara Baginda
F4 Yang
DiPertuan Agong dipilih dari kalangan Sembilan Raja-Raja Melayu secara
bergilir-gilir 5 tahun sekali
F5 Tonggak kerajaan Malaysia
F6 Merupakan ketua tertinggi angkatan
bersenjata
F7 Bertanggungjawab menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
F8 Merupakan
Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri /Pulau Pinang / Melaka / wilayah
Persekutuan / Sarawak dan Sabah
F9 Yang
Dipertuan Agong ( YDPA ) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri
F10 YDPA boleh
mengistiharkan undang-undang darurat dibawah ‘ Undang-Undang X’ jika mendapati
keselamatan Negara terancam
F11 YDPA
melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihanraya / Ahli perkhidmatan
Kehakiman / Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
( 12x1= mak
10m )
ESEI SOALAN 2
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
pembentukan negara kita. Perlembagaan
adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Perlembagaan merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui
peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Terdapat pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri. Perlembagaan negara kita mengandungi 183
perkara. Dalam perlembagaan negara kita
terdapat institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan
Kehakiman.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukunegara ke-3. Ia bertujuan menjamin kestabilan sesebuah negara.
Pindaan perlembagaan dibuat atas kepentingan rakyat dan negara. Ciri seterusnaya adalah sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
Baginda tidak boleh bertindak bersendirian kecuali dalam perkara
tertentu atas budi bicara Baginda.
Yang DiPertuan Agong dipilih dari kalangan Sembilan Raja-Raja Melayu secara
bergilir-gilir 5 tahun sekali. Baginda merupakan tonggak kerajaan Malaysia dan
merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu. Selain daripada itu,
baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau
Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Yang Dipertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri. Baginda juga boleh
mengistiharkan undang-undang darurat dibawah ‘ Undang-Undang X’ jika mendapati
keselamatan Negara terancam. Di samping
itu, baginda berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya
Pilihanraya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
3. Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan.
i) Keluruhan Perlembagaan
F1 Keagungan.
H1a Dan ketinggian undang-undang atau
perlembagaan
H1b Mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri, dan Mahkamah.
H1c Ketertinggian perlembagaan dilihat pada
peruntukan kuasa Parlimen
H1d Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
H1e Kuasa Perundangan.
H1f Kebebasan asasi.
F2 Peruntukan kuasa
H2a Parlimen memperoleh kuasa daripada
perlembagaan
H2b Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada
perlembagaan
H2c Memelihara hak istimewa orang Melayu
F3 Undang-undang diisytiharkan
H3a Tidak sah jika bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia
H3b Undang-undang negeri mestilah selaras
H3c Dengan Perlembagaan Persekutuan.
H3d Undang-undang
negeri yang bertentangan adalah terbatal.
H3e Kuasa kepada mahkamah.
H3f Membatalkan akta yang diluluskan di luar
bidang kuasa Parlimen.
H3g Atau bercanggah dengan perlembagaan.
H3h Menentukan kesahihan setiap undang-undang.
H3i Bagi menjamin ketertinggian Perlembagaan
Malaysia.
ESEI SOALAN 3.
Keluhuran
perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian undang-undang atau perlembagaan
itu sendiri. Ia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
mahkamah. Dengan itu, semua jenis
undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.
Ketertinggian
perlembagaan dilihat pada peruntukan kuasa Parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan
Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi.
Perlembagaan
Malaysia juga memberi peruntukan kuasa.
Ini termasuklah Parlimen yang memperoleh kuasa daripada peruntukan
perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada perlembagaan seperti
memelihara hak istimewa orang Melayu.
Undang-undang yang
diisytiharkan tidak sah jika bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah undang-undang negeri mestilah
selaras dengan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara
75. Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang
diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan
kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin ketertinggian Perlembagaan
Malaysia.
Menyenaraiakan kuasa yang di-Pertuan Agong
F1 YDA sebagai
ketua Negara
H1a mengetuai tiga
badan kerajaan
H1b iaitu badan
Perundangan, Badan pemerintah dan Badan Kehakiman
F2 YDA merupakan
satu daripada tiga unsur parlimen
H2a berhak memanggil dan membubarkan Parlimen
F3 YDA merupakan
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
H3a YDA berkuasa
mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh mahkamah tentera.
F4 YDA
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang melayu
H4a baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan , kehormatan
dan kemuliaan Raja –Raja Melayu
F5 YDA merupakan
ketua agama Islam
H5a bagi negeri
baginda sendiri, Pulau Pinang , Melaka, Wilayah Persekutuan , Sarawak dan Sabah
F6 YDA mempunyai
kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri
H6a mempunyai
kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
setelah mendapat nasihat perdana Menteri
F7 YDA boleh mengisytiharkan
undang-undang darurat
H7a dibawah
‘undang-undang X’ jika didapati keselamatan Negara terancam.
F8 YDA boleh
melantik pengerusi dan tiga orang ahli suruhanjaya dan Timbalan pengerusi
suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman, serta pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan awam.
F9 YDA
bertanggunjawab melantik peguam negara dan seorang ketua audit negara bagi
persekutuan.
F10 YDA mempunyai
kuasa tertinggi untuk mentauliahkan
duta-duta negara kita.
ESEI SOALAN 4
Yang di-Pertuan
Agong sebagai ketua Negara. Baginda
mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan Perundangan, Badan pemerintah dan
Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan
Agong merupakan satu daripada tiga unsur parlimen dan baginda berhak memanggil dan membubarkan Parlimen.
Yang di-Pertuan
Agong merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampunkan dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah
tentera.
Yang di-Pertuan
Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja
Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kemuliaan Raja –Raja Melayu.
Yang di-Pertuan
Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang ,
Melaka, Wilayah Persekutuan , Sarawak dan Sabah.
Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga
mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri
setelah mendapat nasihat perdana Menteri.
Yang di-Pertuan
Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘undang-undang X’
jika didapati keselamatan negara terancam.
Yang di-Pertuan
Agong boleh melantik pengerusi dan tiga orang ahli suruhanjaya dan timbalan
pengerusi suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman, serta pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan awam.
Yang di-Pertuan
Agong bertanggunjawab melantik peguam negara dan seorang ketua audit negara
bagi persekutuan. Baginda juga mempunyai
kuasa tertinggi untuk mentauliahkan
duta-duta negara kita.
Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya.
|
|
•Perundangan
merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh
perlembagaan.
•Parlimen ialah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di negara kita.
|
|||||||||
|
|
Fungsi badan perundangan (Legislatif).
(Rujuk BT m.s: 172)
|
|||||||||
|
|
•Fungsi badan
perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteaan rakyat.
|
|||||||||
|
|
Jelaskan fungsi dan keahlian Dewan Negara.
(Rujuk BT m.s: 172)
|
|||||||||
|
|
•Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
•Dewan Negara
mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilh daripada 13 buah negeri,
dua
orang dipilih Yang diPertuan Agong mewakili
Wilayah Kuala Lumpur.seorang dipilh mewakili
Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi
dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang terdiri
daripada individu yang cemerlang dan
berjasa kepada negara.
•Ahli Dewan
Negara digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa
melalui
pilihan raya.
•Seseorang Senator
memegang jawatan selama tiga tahun.
•Senator mestilah
berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
•Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan
mereka boleh dilantik menjadi ahli jemaah menteri.
ESEI
SOALAN 5
Malaysia
merupakan sebuah negara demokarasi berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Konsep ini menjelaskan kuasa pemerintahan yang dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan
kehakiman.
Perundangan
merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Manakala parlimen ialah badan
perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.
Menyatakan proses pilihanraya.
Pilihan raya
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
•Proses memilih
wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau
persekutuan.
•Pemilihan
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
•Pengiraan undi
dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
•Calon yang
mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah
•Pilihan raya
merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
•Suruhanjaya
pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah /
pembangkang.
•Keanggotaan SPR
dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
•SPR bertindak
menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran
dan
mengendalikan pilihan raya.
•Pilihan raya
umum diadakan 5 tahun sekali.
•Pilihan raya
umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan
negeri
serentak di seluruh negara.
•Pilihan raya
umum di sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan
•Pilihan raya
kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan
parlimen atau
Dewan Undangan Negeri disebabkan
kematian,perletakan jawatan dan
perlucutan jawatan.
•Selepas
kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan
Sarawak.
•Calon daripada
pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen
•Tempoh berkempen
adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja
Esei 6
Pilihan raya
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Proses memilih wakil rakyat untuk
memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Manakala calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem
majoriti mudah
Pilihan raya
merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya pilihan raya
adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah / pembangkang.
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak menentukan
sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan
mengendalikan
pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali. Di samping itu,
pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli Dewan
Undangan negeri serentak di seluruh
negara.
Pilihan raya umum
di sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan
apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan
Undangan Negeri disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan
jawatan. Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam
tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh
berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja. Pembubaran Parlimen akan
dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong.
Proses pilihan
raya ialah menetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya. Selepas itu penamaan calon-calon yang bertanding akan
dilaksanakan. Kemudian penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding.
Selesaikan penyediaan manifesto pelancaran kempen pilihan raya dilakukan.
Kemudian pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi dilakukan
oleh SPR. Semasa mengundi pengundi akan diberikan kertas undi yang
mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat mengundi.
Pengundi akan membuang undi di mana pengundi akan memangkah calon pilihan
raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi. SPR akan membuat
pengiraan undi calon yang bertanding dan pengumuman keputusan pilihan raya
dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.
Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
Calon pilihan raya
Pengundi
Anggota SPR
Pemerhati luar
Esei jawapan no 7( pilihan 1)
Pihak yang
terlibat dalam pilihan raya iatu calon pilihan raya mestilah warganegara
Malaysia, berumur 21 tahu, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan
orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak
disabitkan dengan sebarang kesalahan.
Manakala pengundi hanya boleh mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Mengikut perkara 119
perlembagaan Malaysia, pengundi hendaklah warganegara yang berumur 21 tahun,
bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana pilihan raya Dewan
rakyat atau Dewan Undangan negeri. Seorang pengundi hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
Anggota SPR
akan menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang
berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan
Ketua Pentadbir urus setia. Mereka
dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR wajib mengikuti garis
panduan dan dasar SPR. Pemerhati luar terdiri daripada negara –negara luar
yang mengamalkan sistem demokarasi seperti negara Pakistan dan negar India.
(Pilihan 2)
Antara pihak yang
terlibat dalam pilihanraya di Malaysia terdiri daripada colan wakil rakyat
yang akan bertanding dalam pilihanraya. Selain itu, pengundi yang akan
mengundi calon yang bertanding. Anggota SPR ( Suruhanjaya Pilihan Raya) yang berperanan
mengendalikan semua urusan pilihan raya. Pihak yang terakhir adalah pemerhati
luar yang terdiri daripada perwakilan luar Negara bagi memantau perjalanan
pilihan raya.
|
|||||||||
|
|
Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga
tahun 1963. (Rujuk
BT m.s: 181 – 184)
|
|||||||||
|
|
•Malayan
Democratic Union
•Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO )
•Malayan Indian
Congressti
•AMCJA
•Hizbul Muslimin
•Malayan Chinese
Association
•IMP
•Parti Islam Se
Tanah Melayu
•Parti Buruh Se
Melayu
•Parti Negara
•PKMS
|
•SUPP
•SNAP
•BARJASA
•PESAKA
•PCS
•PANAS
•UNKO
•USNO
•PASOK MOMOGUN
•SCA
|
||||||||
|
|
|
Aras 2
1.
Menjelaskam ciri-ciri demokrasi berparlimen
Perlembagaan:
Undang-undang
tertinggi
Dokumen rasmi
Peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
Jaminan kerajaan
menunaikan tanggungjawab
Pembahagian kuasa
antara persekutuan dan negeri
Mengandungi 183
perkara
Ada institusi Yang
DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
Keluhuran
perlembagaan prinsip Rukunegara ke 3
Menjamin kestabilan
sesebuah negara
Pindaan
perlembagaan dibuat atas kepentingan rakyat dan negara
( 10x1= mak 10m )
II. Raja Berperlembagaan
Sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia
Yang Dipertuan
Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
Baginda tidak boleh
bertindak bersendirian kecuali dalam perkara tertentu atas budi bicara Baginda
Yang DiPertuan
Agong dipilih dari kalangan Sembilan Raja-Raja Melayu secara
bergilir-gilir 5 tahun sekali
Tonggak kerajaan
Malaysia
Merupakan ketua
tertinggi angkatan bersenjata
Bertanggungjawab
menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
Merupakan Ketua
Agama Islam bagi negeri baginda sendiri /
Pulau Pinang /
Melaka / Wilayah Persekutuan / Sarawak dan Sabah
Yang Dipertuan
Agong ( YDPA ) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
YDPA boleh
mengistiharkan undang-undang darurat dibawah ‘ Undang-Undang X’ jika mendapati
keselamatan Negara terancam
YDPA melantik
Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihanraya / Ahli Perkhidmatan
Kehakiman / Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
( 12x1= mak 10m )
III Parlimen
Parlimen adalah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita
Merujuk kepada
undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan
Berperanan
menggubal undang-undang
Menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat
Parlimen merupakan
badan perundangan
Terdiri daripada
Yang DiPertuan Agong / Dewan Negara / Dewan Rakyat
Dewan Negara / Senat merupakan Dewan Tertinggi
terdiri
seramai 69 ahli
Ahli digelar
senator
Mewakili setiap
negeri
Dilantik oleh Yang
DiPertuan Agong setiap 3 tahun sekali
Berumur
sekurang-kurang 30 tahun
Mereka yang telah
memberi sumbangan yang cemerlang kepada
negara
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat
merupakan Dewan terpenting
mengandungi 219
ahli (222: 2013)
Mewakili setiap
kawasan pilihanraya seluruh Malaysia / Parlimen
Ahli dilantik
melalui pilihanraya
Tempoh jawatan lima
tahun
Tugas : gubal dan
lulus undang-undang
Undang-undang yang
digubal dinamakan akta
Undang-undang yang
diluluskan Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen, di Sabah dan Sarawak dikenali
Ordinan
Contoh Esei .
Antara ciri-ciri
sistem demokrasi berparlimen adalah kewujudan perlembagaan sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan. Ia merupakan dokumen rasmi
yangmengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
melaksanakan kuasanya. Ini juga
merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui
peruntukan yang terkandung di dalam perlembagaan itu.
Perlembagaan negara
kita mengandungi 183 perkara yang meliputi pelbagai perkara.
Ini termasuklah
pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri. Terdapat juga institusi Yang DiPertuan Agong,
Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman
Keluhuran
perlembagaan prinsip Rukunegara ke 3. Ia
bertujuan menjamin kestabilan sesebuah negara.
Pindaan perlembagaan boleh dibuat atas kepentingan rakyat dan negara.
Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
yang seterusnya adalah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan
Malaysia. Yang Dipertuan Agong bertindak
berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak bersendirian
kecuali dalam perkara tertentu atas budi bicara Baginda. Yang DiPertuan Agong dipilih dari kalangan
Sembilan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir
5 tahun sekali.
Baginda merupakan
tonggak kerajaan Malaysia. Baginda juga
merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Baginda juga
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,
Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
Yang Dipertuan
Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Selain daripada itu baginda boleh mengistiharkan undang-undang darurat
dibawah ‘ Undang-Undang X’ jika
mendapati keselamatan Negara terancam.
Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya
Pilihanraya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Parlimen juga
merupakan ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen. Parlimen adalah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Ini merujuk kepada undang-undang yang digubal
oleh badan Perundangan. Parlimen berperanan menggubal undang-undang bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen merupakan badan perundangan yang terdiri daripada Yang
DiPertuan Agong, Dewan Negaradan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau
Senat merupakan Dewan Tertinggi yang terdiri daripada seramai 69 ahli. Ahlinya digelar senator yang mewakili setiap
negeri. Mereka dilantik oleh Yang
DiPertuan Agong setiap 3 tahun sekali.
Setiap ahli berumur sekurang-kurang 30 tahun daripada kalangan mereka yang
telah memberi sumbangan yang cemerlang kepada
negara.
Dewan Rakyat
merupakan Dewan terpenting yang mengandungi 219 ahli (222: 2013). Mereka
mewakili setiap kawasan pilihanraya seluruh Malaysia atau kawasan
parlimen. Ahli dilantik melalui
pilihanraya dan memegang jawatan dalam tempoh jawatan lima tahun. Tugas dewan ini adalah menggubal dan
meluluskan undang-undang. Undang-undang
yang digubal dinamakan akta. Bagi
undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen manakala di
Sabah dan Sarawak dikenali Ordinan.
2. Menjelaskam
kepemtingan perlembagaan
F1 Prinsip asas membentuk negara.
Hla Dokumen rasmi mengandungi peraturan dan
undang-undang tertinggi.
H1b Menjadi rujukan kepada kerajaan untuk
mentadbir negara.
H1c Menentukan hala tuju pentadbiran negara.
H1d Memandu kerajaan membuat keputusan.
Hle Panduan mengagih-agihkan kuasa antara
institusi kerajaan.
Hlf Panduan pemimpin memerintah.
H1g Supaya menepati perlembagaan dan aspirasi
rakyat.
H1h Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab
keilada rakyat.
F2 Menjamin kestabilan sesebuah negara.
H2a Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran.
H2b Menjamin kecekapan, kejujuran, dan
keadilan.
H2c Ketelusan dan kelicinan pentadbiran
F3 Menjamin taat setia rakyat.
H3a Perkara 24 jika seseorang mempunyai
kerakyatan negara lain.
H3b Akan dilucutkan kewarganegaraannya.
H3c Perkara 25 seseorang warganegara boleh
dilucutkan kerakyatannya.
H3d Jika terbukti tidak setia kepada negara.
H3e Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh
ketaatan.
H3f Memupuk semangat patriotisme.
H3g Bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa.
F4 Memelihara hak istimewa orang Melayu.
H4a Perkara 153 memperuntukkan perananYang
di-Pertuan Agong.
H2b Memelihara hak istimewa dan kedudukan orang
Melayu dan bumiputera
di Sarawak dan Sabah.
H4c Seperti pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa,
kemudahan pendidikan, serta pemberian
lesen perniagaan dan
perdagangan.
H4d Dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tidak
mengabaikan
kepentingan kaum lain.
F5 Menjamin hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera.
H5a Tidak dipersoalkan.
H5b Ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia
sebelum kemasukan Sabah
dan Sarawak.
F6 Menjamin hak asasi.
H6a Kebebasan rakyat.
H6b Seperti berpersatuan, beragama, dan
memiliki harta.
H6c Rakyat mengetahui had kebebasan mereka di
sisi undang-undang.
F7 Menjamin kerjasama antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri.
H7a Menjamin kesepakatan, keadilan, dan
kepentingan bersama.
H7b Antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri.
H7c Menjadi rujukan penggubalan undang-undang
persekutuan dan negeri.
H2d Pentadbiran negara diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan.
H2e Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan
Malaysia.
F8 Pembahagian bidang kuasa.
H8a Senarai kuasa Persekutuan, Negeri, dan
Bersama.
H8b Kerajaaan pusat menggunakan kuasanya membantu
memesatkan
pembangunan Sarawak dan Sabah.
H8c Kesannya pembangunan pesat.
H8d Pendidikan, kesihatan, pos, dan telekom.
Contoh esei.
Perlembagaan
merupakan prinsip asas membentuk negara.
Ia merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan undang-undang
tertinggi dan menjadi rujukan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan juga enentukan hala tuju
pentadbiran negara dan memandu kerajaan dalam membuat keputusan.
Perlembagaan juga
menjadi panduan mengagih-agihkan kuasa antara institusi kerajaan. Ia juga
menjadi anduan pemimpin memerintah supaya menepati perlembagaan dan aspirasi
rakyat dan menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
Perlembagaan dapat
menjamin kestabilan sesebuah negara, menentukan rangka dan bentuk pentadbiran,
menjamin kecekapan, kejujuran, dan keadilan serta ketelusan dan kelicinan
pentadbiran.
Di samping itu
perlembagaan dapat menjamin taat setia rakyat, seperti yang terkandung dalam
perkara 24 jika seseorang mempunyai kerakyatan negara lain atau ia akan
dilucutkan kewarganegaraannya. Dalam
perkara 25 seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti
tidak setia kepada negara. Tujuannya
supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan, memupuk semangat patriotisme serta
bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa.
Perlembagaan juga
memelihara hak istimewa orang Melayu.
Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk
memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak
dan Sabah seperti pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
kemudahan pendidikan, serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun ia dilaksanakan dengan
berhati-hati supaya tidak mengabaikan kepentingan kaum lain.
Selain daripada
itu, perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak
dipersoalkan. Ia ditetapkan dalam
Perlembagaan Malaysia sebelum kemasukan Sabah
dan Sarawak.
Perlembagaan juga
menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti kebebasan berpersatuan, beragama,
dan memiliki harta. Namun demikian
rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Seterusnya
perlembagaan dapat menjamin kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri. Ini termasuklah menjamin
kesepakatan, keadilan, dan kepentingan bersama antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri. Ia juga menjadi rujukan
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan ini pentadbiran negara diselaraskan
tanpa sebarang perbalahan. Ini kerana
perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan dapat
menjamin pembahagian bidang kuasa yang adil seperti yang terdapat dalam Senarai
kuasa Persekutuan, Negeri, dan Bersama.
Kerajaaan pusat menggunakan kuasanya membantu memesatkan pembangunan Sarawak
dan Sabah. Kesannya pembangunan pesat
seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, pos, dan telekom.
3, Menjelaskan
proses pindaan perlembagaan
KAEDAH PERTAMA
•Persetujuan
majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.
PERKARA DIPINDA
•Tugas dan kuasa
Majlis Raja-raja Melayu.
•Kewarganegaraan.
•Keutaman Yang di
Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-raja dan Yang Dipertuan Negeri.
•Kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
•Perubahan
sempadan negeri.
KAEDAH KEDUA
•Persetujuan
majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua
Negeri
Sarawak dan Sabah.
PERKARA DIPINDA
•Keanggotaan dan
bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.
•Hak dan kuasa
kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan
dari
Sarawak dan Sabah.
•Perkara
perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa
orang Melayu
dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
KAEDAH KETIGA
•Persetujuan
lebih suara dua pertiga Dewan parlimen.
PERKARA DIPINDA
•Perkara yang
tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
KAEDAH KEEMPAT
•Persetujuan
lebih suara Dewan Parlimen
PERKARA DIPINDA
•Pindaan Jadual
2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan
dan persaraan ahli Dewan Negara serta
persempadanan kawasan pilihan raya.
•Pindaan Perkara
74 membolehkan Parlimen meminda atau membuat undang-undang mengenai
perkara yang disebut dalam Senarai
Persekutuan dan Senarai Bersama
•Hal yang sama
boleh dilakukan oleh Dewan Undangan negeri mengenai perkara berhubung
Senarai
Negeri atau Senarai Bersama yang
diperuntukan oleh Perlembagaan.
•Dalam Perkara 76
Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang
melibatkan
perlaksanaan persetiaan, perjanjian atau
konvonsyen antara persekutuan dgn mana-mana negara lain.
Contoh esei.
Terdapat beberapa
kaedah meminda perlembagaan. Kaedah
pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen
dan persetujuan Majlis Raja-raja. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah
ini adalah tugas dan kuasa Majlis Raja-raja Melayu, kewarganegaraan, keutaman
Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang Dipertuan
Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan
perubahan sempadan negeri.
Kaedah kedua
melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan
kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara dipinda melalui kaedah ini adalah
keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, hak dan
kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan
dari Sarawak dan Sabah dan perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,
agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Kaedah ketiga melibatkan
persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan parlimen. Perkara dipinda melalui kaedah ini adalah
perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
Kaedah keempat melibatkan
persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.
Perkara dipinda melalui kaedah ini adalah pindaan Jadual 2, 6 dan 7,
Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan
Negara serta persempadanan kawasan pilihan raya. Seterusnya pindaan Perkara 74 membolehkan
Parlimen meminda atau membuat undang-undang mengenai perkara yang disebut
dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama boleh dilakukan
oleh Dewan Undangan negeri mengenai perkara berhubung Senarai Negeri atau
Senarai Bersama yang diperuntukan oleh Perlembagaan. Dalam Perkara 76 Parlimen boleh membuat
undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan perlaksanaan persetiaan,
perjanjian atau konvonsyen antara persekutuan dgn mana-mana negara lain.
|
4. Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah
Badan perundangan
Perundangan
merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh
perlembagaan.
•Parlimen ialah
badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di negara kita.
|
|
fungsi badan
perundangan (Legislatif).
(Rujuk BT m.s: 172)
|
|
•Fungsi badan
perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteaan rakyat.
|
|
Badan pemerintah
|
|
•Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
•Dewan Negara
mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilh daripada 13 buah negeri,
dua
orang dipilih Yang diPertuan Agong mewakili
Wilayah Kuala Lumpur.seorang dipilh mewakili
Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi
dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang terdiri
daripada individu yang cemerlang dan
berjasa kepada negara.
•Ahli Dewan
Negara digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa
melalui
pilihan raya.
•Seseorang
Senator memegang jawatan selama tiga tahun.
•Senator mestilah
berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
•Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan
mereka boleh dilantik menjadi ahli jemaah menteri.
Badan pelaksana
Jemaah Menteri
atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
•Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
•Tugas Jemaah
Menteri atau kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua
perkara.
•Perdana Menteri
atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa
kementerian.
•Setiap
kemeterian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
•Merancang
program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
•Menyelaras
program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
•Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.
•Seseorang
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali
sebagai Menteri
Tak Berpotrfolio.
•Kementerian ini
diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri.
Badan kehakiman
mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah,
perkara
sivil berkaitan dengan saman biasanya
memerlukan afidavit, perkara jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan.
•Badan Kehakiman
boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan
dan pihak badan pelaksana.
•Badan Kehakiman
juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
•Mahkamah telah
diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman
di
negara ini.
•Mahkamah
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutaun atau kerajaan
Negeri.
•Mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang.
•Mahkamah tidak
boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan
perundangan atau parlimen
Mahkamah
mempunyai kuasa mentafsikan perlembagaan negara, mentafsirkan
undang-undang,
mengisytiharkan undang-undang bertulis
Kerajaan persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
•Mahkamah tidak
boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan
perundangan atau parlimen
Semua hakim
dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dgn nasihat Perdana Menteri.
•Urusan
perlantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa
Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agong.
•Seseorang hakim
tidak boleh dipecat dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
•Hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
•Tujuannya supaya
hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan
kesaksamaan undang-undang.
|
## Silakan gunakan perkataan manakala atau sebaliknya
untuk menunjukkan perbandingan##
Contoh esei
4
Badan pemerintah
terdiri daripada tiga badan utama iaitu badan perundangan, badan pelaksana
dan badan kehakiman. Setiap badan ini mempunyai peranan yang berbeza-beza.
Badan perundangan merujuk kepada
undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan
oleh perlembagaan. Dalam Parlimen
ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-+ertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Fungsi badan
perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteaan rakyat. Dewan Negara atau
Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan
Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilh daripada 13 buah
negeri, dua
orang dipilih
Yang diPertuan Agong mewakili Wilayah Kuala Lumpur.seorang dipilh
mewakili
Wilayah
Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang
terdiri
daripada individu
yang cemerlang dan berjasa kepada negara. Ahli Dewan Negara digelar senator
ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pilihan raya. Seseorang Senator memegang
jawatan selama tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli
Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi ahli jemaah menteri.
|
Manakala badan pelaksana
terdiri daripada Jemaah Menteri atau
Kabinet yang akan melaksanakan
dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi
negara. Tugas Jemaah Menteri atau kabinet adalah menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri
juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kemeterian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Merancang program
pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Menyelaras program pembangunan
ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap kementerian diketuai oleh seorang
Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang
Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali
sebagai Menteri Tak Berpotrfolio.
Kementerian ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri.
|
Berbeza dengan peranan badan kehakiman, Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah, perkara
sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit, perkara
jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang
yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman
juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah mengisytiharkan undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutaun atau kerajaan Negeri. Selain itu, mahkamah mempunyai
kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi
undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu
merupakan kuasa badan perundangan atau
parlimen. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsikan perlembagaan negara,
mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di
sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara
itu merupakan kuasa badan perundangan
atau parlimen .Semua hakim dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dgn nasihat
Perdana Menteri. Urusan perlantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan
terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangnya tanpa sebarang
sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
|
5. Menghuraikan proses pilihanraya
Pilihan raya
terdiri daripada pilhan raya umu dan kecil. Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli
Dewan Undangan negeri serentak di seluruh negara. Pilihan raya umum di sabah
dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila
berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan
Negeri disebabkan kematian,perletakan
jawatan dan perlucutan jawatan. Selepas kekosongan itu, pilihan raya
kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari
bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding
dibenarkan berkempen . Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.
Pembubaran Parlimen oleh Yang di Pertuan Agong.
Penetapan tarikh
penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penamaan
calon-calon yang bertanding. Penyediaan manifesto oleh parti-parti yang
bertanding. Pelancaran kempen pilihan raya. Pengumuman tempat pengundian dan
temapat pengiraan undi oleh SPR. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang
parti calon yang bakal dipilih kepada
pengundi di tempat mengundi. Pembuangan undi di mana pengundi akan memangkah
calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi.
Pengiraan undi calon yang bertanding. Pengumuman keputusan pilihan raya oleh
Pegawai Pilihan Raya.
Menggalurkam
perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang
Dunia Kedua sehingga tahun 1963.
Parti politik di
Tanah melayu mula rancak berjuang pada tahu 1940-an. Malayan Democratic Union merupakan
antara parti yang awal di Tanah Melayu.
Parti ini ditubuhkan oleh oleh golongan
profesional cina pada bulan disember 1945. MDU merupakan pertubuhan bukan
melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak bersikap demokratik.
UMNO dan MIC ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu pada
atahun 1946. UMNO ditubuhkan untuk menumbangkan Malayan Union dan telah
bekerjasama dengan parti MIC dan MCA sehingga menubuhkan parti Perikatan.
Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau All Malayan Concil of joint Action
(AMCJA) telah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh persatuan bukan melayu hasil
usaha pengerusinya iaitu Tan Cheng Lock.
Pada tahun 1948, persatuan Hizbul Muslimin telah diasakan oleh Haji Abu
Bakar al – Baqir dan perjuangannya disambung pula oleh parti PAS. Pada tahun
1949 pula MCA baru ditubuhkan bagi mejaga kepentingan politik kaum cina di
Tanah Melayu. Pada tahun 1951 pula, IMP
dan PAS telah ditubuhkan masing masing oleh Dato Onn Jaafar dan Haji
Ahmad Fuad bin Hassan. Tahun berikutnya Parti Buruh Se-Melayu telah ditubuhkan
pimpinan Mohamad Sopiee Ibrahim. Parti Negara
diasaskan pada tahun 1954 diasaskan oleh Dato Onn Jaafar
Aras 3
Menjelaskan kepentingan
pindaan perlembagaan
F1 Prinsip asas membentuk negara.
Hla Dokumen rasmi mengandungi peraturan dan
undang-undang tertinggi.
H1b Menjadi rujukan kepada kerajaan untuk
mentadbir negara.
H1c Menentukan hala tuju pentadbiran negara.
H1d Memandu kerajaan membuat keputusan.
Hle Panduan mengagih-agihkan kuasa antara
institusi kerajaan.
Hlf Panduan pemimpin memerintah.
H1g Supaya menepati perlembagaan dan aspirasi
rakyat.
H1h Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab
keilada rakyat.
F2 Menjamin kestabilan sesebuah negara.
H2a Menentukan rangka dan bentuk pentadbiran.
H2b Menjamin kecekapan, kejujuran, dan
keadilan.
H2c Ketelusan dan kelicinan pentadbiran
F3 Menjamin taat setia rakyat.
H3a Perkara 24 jika seseorang mempunyai
kerakyatan negara lain.
H3b Akan dilucutkan kewarganegaraannya.
H3c Perkara 25 seseorang warganegara boleh
dilucutkan kerakyatannya.
H3d Jika terbukti tidak setia kepada negara.
H3e Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh
ketaatan.
H3f Memupuk semangat patriotisme.
H3g Bagi mengekalkan identiti negara dan bangsa.
F4 Memelihara hak istimewa orang Melayu.
H4a Perkara 153 memperuntukkan perananYang
di-Pertuan Agong.
H2b Memelihara hak istimewa dan kedudukan orang
Melayu dan bumiputera
di Sarawak dan Sabah.
H4c Seperti pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa,
kemudahan pendidikan, serta pemberian
lesen perniagaan dan
perdagangan.
H4d Dilaksanakan dengan berhati-hati supaya
tidak mengabaikan
kepentingan kaum lain.
F5 Menjamin hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera.
H5a Tidak dipersoalkan.
H5b Ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia
sebelum kemasukan Sabah
dan Sarawak.
F6 Menjamin hak asasi.
H6a Kebebasan rakyat.
H6b Seperti berpersatuan, beragama, dan
memiliki harta.
H6c Rakyat mengetahui had kebebasan mereka di
sisi undang-undang.
F7 Menjamin kerjasama antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri.
H7a Menjamin kesepakatan, keadilan, dan
kepentingan bersama.
H7b Antara kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri.
H7c Menjadi rujukan penggubalan undang-undang
persekutuan dan negeri.
H2d Pentadbiran negara diselaraskan tanpa
sebarang perbalahan.
H2e Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan
Malaysia.
F8 Pembahagian bidang kuasa.
H8a Senarai kuasa Persekutuan, Negeri, dan
Bersama.
H8b Kerajaaan pusat menggunakan kuasanya
membantu memesatkan
pembangunan Sarawak dan Sabah.
H8c Kesannya pembangunan pesat.
H8d Pendidikan, kesihatan, pos, dan telekom
2. Merasionalkan
perlembagaan memperuntukkan pekara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
(M/S 165)
Melarang perkara
sensetif tidak dipersoalakan secara
terbuka
Pemerintahan beraja
Agama Islam
Kedudukan Bahasa
Melayu
Hak istimewa orang
Melayu
Menjamin perpaduan
kaum
Menjaga kestabilan
politik
Menjaga
ketenteraman dan keselamatan Negara
Mencegah rusuhan
Tidak menyinggung
sensitiviti kaum
Mengistiharlkan
Akta Hasutan 1970 – menghadkan seseorang individu daripada bercakap
sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan perkara sensitif dan perbalahan antara kaum.
3. Mewajarkan
peranan rakyat dalam menetukan pemerintahan
Kerana Negara kita
mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen
Rakyat bebas
memilih pemimpin memalui pilihanraya
Kebebbasan bersuara
menentukan kerajaan
Kebebasan bersuara
menegakkan hak
Memperjuangkan hak
dan kepentingan berssama
Memberi pandangan
positif kepada perlaksanaan pemerintahan yang berkesan
Soalan
4
Sebab-sebab
dan kaedah pindaan perlembagaan oleh parlimen Malaysia dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen. ( 30 m )
Sebab-sebab
pindaan perlembagaan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,
menjaga keselamatan negara dan melicinkan pentadbiran negara. Perlembagaan
perlu dipinda supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
Perlembagaan juga dipinda bagi melarang perkara sensitif
dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif yang tidak boleh
dipersoalkan adalah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu
dan hak istimewa orang Melayu.
Akta
hasutan 1970 menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya
sehingga menyentuh perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan perbalahan
antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman
dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Antara
pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi
yang Di Pertuan Agong dan raja yang memerintah negeri daripada kesalahan
jenayah.
Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh parlimen.
Kaedahpertama,mendapat
persetujuan majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis
Raja-Raja. Antara perkara yang boleh dipinda dalam kaedah pertama ialah tugas
dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, Kewarganegaraan, Keutamaan Yang Di Pertuan
Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Di Pertuan Negeri.
Seterusnya kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
serta perubahan sempadan negeri.
Seterusnya kaedah yang kedua mendapat persetujuan
majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan yang Di Pertuan Negeri
Sabah dan Sarawak. Antara perkara pindaan mengikut kaedah ini ialah kenaggotaan
dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, hak dan kuasa kepada
kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukkan orang yang bukan dari Sabah
dan Sarawak (Akta Imegresen 1961). Selain itu, perkara undangan dan
pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Manakala kaedah
yang ketiga, menadapat persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen. Antara
perkara pindaan ini adalah perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana
tiga kaedah pindaan tadi.
Akhir sekali kaedah
yang keempat merujuk kepada mendapat persetujuan lebih suara Dewan
Parlimen. Antara perkara pindaannya ialah pindaan jadual 2,6 dan 7, bahagian 3
tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli
dewan Negara serta persempadanan piliha raya. Seterusnya pindaan perkara 74 dan
76 dalam perlembagaan.
Seterusnya, dalam perkara 74 Parlimen boleh membuat atau
memindah undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam senarai Persekutuan
dan senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan
Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama
diperuntukkan oleh perlembagaan.
Dalam perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang
dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau
konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.
Soalan
5
Soalan : Keistimewaan pemerintahan demokrasi di
Malaysia ( 10 m )
Keistimewaan pemerintahan demokrasi di Malaysia ialah
rakyat berpeluang memilihpemimpin
dalam pilihan raya dan setiap individu berpeluang
menjadi pemimpinyang berwibawa.
Selain itu, setiap rakyat
bebas memiliki kekayaan dan memberi
pendapat masing-masing dalam sistem pememrintahan di negara kita.
Di samping itu, melalui
sistem demokrasi perpaduan kaum dapat
dikekalkan dan juga mengiktiraf hak
asasi rakyat di negara ini.
Tambahan pula, kedaulatan
negara Malaysia dapat dikekalkan dan secara tidak langsung mewujudkan keamanan negara di Malaysia.
Keistimewaan sistem demokrasi ini juga rakyat dapat menetukan pola politik negara dan menjamin pemerintahan negara yang cekap.
Dalam pada itu, sistem
raja berperlembagaan juga dapat dikekalkan dan melalui undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara.
Akhir sekali, sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia
dapat membentuk warganegara yang
bersikap terbuka serta melahirkan
individu dan masyarakat berdisiplin serta bermoral tinggi.
Soalan
6
Cadangan
bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita.
(10
m)
Cadangan saya bagi memantapkan perlaksanaan sistem
demokrasi berparlimen di negara kita ialah memberi
kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Seterusnya menerapkan
nilai-nilai islamdan murni dalam pemerintahan negara dan menghormati hak individu setiap rakyat
Malaysia.
Selain itu, kita seharusnya menghormati sensitiviti kaum yang terdapat di Malaysia dan memastikan perlembagaan negara sentiasa
releven dengan tuntutan semasa.
Di samping itu, sebagai rakyat kita haruslah mematuhi sistem kehakiman negara dan tidak mempersoalkan isu-isu sensitif
dalam perlembagaan bagi tujuan keharmonian kaum.
Seterusnya, kita sebaiknya memastikan pemimpin yang dipilih mempunyai integriti
yang tinggi. Rakyat juga perlu menyokong
sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Cadangan lain
adalah rakyat perlu melibatkan diri
secara aktif dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan agar kemajuan dan
keharmonian negara dapat dikecapi.
Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi
dan bebas menganggotai mana-mana parti
politik serta bersikap terbuka dan
menerima parti yang memenangi piliha
raya di Malaysia.
SOALAN 7 (pilihan 1)
a)
Apakah cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen. (maks: 5 markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen ialah kemunculan
golongan radikal.
Selain
itu, masalah perpaduan dalam
kepelbagaian kaum di Malaysia yang boleh mengugat keharmonian negara. Hal
ini kerana, latar belakang ekonomi yang
berbeza menyebabkan tahap kematangan
rakyat berpolitik dan membuat pilihan masih rendah.
Seterusnya,
masalah gejala sosial yang semakin
berleluasa pada masa kini seperti peningkatan
kadar perlakuan jenayah.
Di
samping itu, cabaran lain adalah kebanjiran
pendatang asing menyebabkan peluangpekerjaan
dalam kalangan warga tempatan menjadi
terhad.
Masalah kemiskinan
turut menjadi cabaran dalam pelaksanaan demokrasi berparlimen kerana mewujudkan
jurang ekonomi yang berbeza antara kaum.
Era
globalisasi kini mendedahkan
masyarakat kepada keadaan politik semasa di seluruh dunia . Kemunculan politik perkauman di Malaysia
menyebabakan hubungan antara kaum sering
dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Tambahan
pula, media massa sering meracuni
pemikiran rakyat kerana fahaman
politik masyarakat Malaysia yang berbeza dan didominasi oleh golongan elit tertentu.
b)
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen. (maks: 5 markah)
Langkah-langkah dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah penguatkuasaan
undang-undang dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan radikal
yang boleh mengancam keamanan dan kemakmuran negara.
Selain itu, perpaduan dapat diperkukuhkan melalui pengamalan Rukun Negara, penggunaan bahasa kebangsaan dan dasar kebudayaan kebangsaandalam semua
aspek serta mewujudkan sistem pendidikan
yang sama.
Seterusnya, gejala sosial dapat ditangani dengan penerapan nilai agama dan pengamalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. kebanjiran pendatang asing dapat dikawal dengan memperketatkan kawalan di sempadan negara.
Dasar ekonomi yang
sama rata antara kaum serta agihan
kekayaan tanpa mengira negeri dan politik merupakan langkah yang boleh
diambil untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.
Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus
tegas menyekat dan menapis unsur-unsur negatif yang
disebarkan di media massa dalam arus globalisasi ini.
SOALAN 7 (pilihan 2)
Apakah cadangan bagi memantapkan pelaksanaan
sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. (maks: 10 markah)
Cadangan
bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia ialah
dengan mengambil kira suara rakyat dalam
pilihanraya.
Selain
itu, setiap individu perlumematuhi
undang-undanguntuk memelihara keamanan negara.
Cadangan
seterusnya ialah meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang supaya dapat melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di
peringkat antarabangsa sekaligus dapat meningkatkan
taraf hidup rakyat. Sebagai rakyat yang patriotik, kita perlulah mengamalkan toleransi, menghormati pemimpin negara dan menyokong usaha kerajaan demi menjamin
kedaulatan negara yang berterusan.
Selain
itu, sistem demokrasi berparlimen juga dapat dimantapkan dengan mengutamakan rundingan dan membentuk persefahaman bagi mengelakkan
pergolakan politik yang lebih serius. Seterusnya, meningkatkan perpaduan kaum
dengan memantapkan konsep 1 Malaysia
dengan melibatkan program-program yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Akhir
sekali, menyemarakkan semangat
patriotisme melalui pendidikan dengan melibatkan pelajar secara langsung
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Hal ini juga dapat meningkatkan semangat jati diri dalam
kalangan masyarakat secara amnya.
SOALAN 8
Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (maks : 10 markah)
Nilai-nilai
dan iktibar daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah dengan mempersiapkan diri menerima perubahanyang
positif serta berdikari untuk
mentadbir negara sendiri. Ekoran itu, kita akan menjadi rakyat yang berani menghadapi cabaran, tidak mudah berputus asa dan rajin berusaha untuk memajukan negara. Selain
itu, rakyat Malaysia merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan negara agar dapat hidup dengan aman.
Tambahan pula, kita juga akan lebih memikirkan kepentingan
mengekalkan tradisi dan budaya
masing-masing serta mengamalkan sikap
toleransi kaum dan menerima
pandangan orang lain. Demokrasi berparlimen juga membolehkan rakyat bebas untuk menyuarakan pendapat dan memilih pemimpin melalui proses pilihanraya.
Rakyat juga bebas memiliki harta dan
kekayaan melalui pengagihan ekonomi
yang sama rata. Akhir sekali kita juga dapat memelihara institusi kesultanannegara yang diwarisi sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi.
SOALAN 9
Rumusan
(maks: 5 markah)
Pengetahuan
yang diperoleh ialah pentingnya
perpaduan bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke arah pembentukan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sehingga kini.
Manakala
daripada aspek iktibar, kita hendaklah sentiasa
berusaha mengekalkan perpaduan demi mengekalkan perpaduan negara. Pemimpin
negara masa kini haruslah berusaha lebih
gigih dalam mengukuhkan sistem pemerintahan agar rakyat dapat menikmati
kehidupan yang lebih sempurna.
Saya
berharap kerjasama politik dalam
pemerintahan dapat disuburkan lagi bagi memastikan Malaysia mampu menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020. Selain itu diharapkan semangat kerjasama yang sedia ada tidak diganggu gugat dengan
isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian dan kemajuan negara.
No comments:
Post a Comment