PERUNCINGAN KERTAS 3 SEJARAH 2016 (KELANTAN)
SENARAI KANDUNGAN SKEMA KERTAS 3 SEJARAH SPM 2016
BIL
|
TAJUK
|
M/S
|
|||||||||
1
|
Matlamat
dasar luar
|
1
|
|||||||||
2
|
Bentuk
hubungan luar
|
1
|
|||||||||
3
|
Latar
belakang hubungan luar
|
1
|
|||||||||
4
|
Asas
penggubalan dasar luar
i) Faktor
sejarah
ii) Faktor
ekonomi
iii) Faktor
politik
iv) Faktor
geografi
v) Faktor
demografi
|
|
|||||||||
5
|
Perkembangan dasar luar
Jelaskan
tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
Perkembangan dasar luar negara kita dari
tahun 1957
hingga tahun 2003
|
|
|||||||||
6
|
Terangkan
kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil hubungan dengan negara luar.
@
Dasar
luar Negara yang diamalkan sejak tahun 1957
hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
dihormati. Buktikan
|
|
|||||||||
7
|
Mengapa
dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
|
|
|||||||||
8
|
Jelaskan
kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan dan
kemakmuran negara.
@
Jelaskan
kepentingan dasar luar Malaysia dalam
meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara
|
|
|||||||||
9
|
Sebagai
rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia menjalinkan hubungan luar
dengan negara lain tanpa mengira ideologi negara tersebut.?
@
Pada
pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar?
|
|
|||||||||
10
|
Pada
pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap.
|
|
|||||||||
11
|
Mengapa
dasar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?
|
|
|||||||||
12
|
Apakah
usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan Negara luar?
|
|
|||||||||
13
|
Cadangkan
hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara pada masa hadapan
@
Ramalkan
dasar luar negara kita pada masa hadapan.
|
|
|||||||||
14
|
Sejauhmanakah
dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa.
|
|
|||||||||
15
|
Jelaskan
cabaran dan langkah Malaysia dalam
meningkatkan
keberkesanan hubungan dengan negara
luar.
pada era globalisasi hari ini
|
|
|||||||||
16
|
Iktibar
yang diperolehi daripada perkembangan dasar luar Malaysia
|
|
|||||||||
17
|
Kesimpulan
keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai-nilai murni dan unsur
patriotisme yang diperoleh
Ke arah memperkukuh keharmonian dan
perpaduan
masyarakat
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa
Malaysia
lebih maju
|
|
1)
Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat
tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia
ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan
negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan
sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat
antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global
yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk
kesejahteraan dunia.
2)
Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia
Malaysia melaksanakan dua bentuk
hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura,
Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan
negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju
seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
3)
Huraikan latar belakang dasar luar
Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat
tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara.Matlamat dasar luar Malaysia
ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan mengekalkan kedaulatan
negara.Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi.Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan
sejagat dalam usaha untuk mengekalkan kerjasama di peringkat
antarabangsa.Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global
yang bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk
kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk
hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilalteral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura,
Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan
negra ASEAN yang lain, Amerika Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju
seperti Britian dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada
hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
4)
Jelaskan
asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
i)
Faktor
sejarah
ii)
Faktor
ekonomi
iii)
Faktor
politik
iv)
Faktor
geografi
v)
Faktor
demografi
@
Terangkan
faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
@
Bagaimana
faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Asas-asas
Penggubalan Dasar Luar Malaysia
Penggubalan
dasar luar luar Malaysi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak
dan arah dasar luar negara.Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi,
politik, geografi dan demografi.
Faktor Sejarah
Sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam
bentuk hubungan perdagangan.Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu
serumpun di Kepulauan Melayu seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan
Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain
seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh
fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).Ancaman komunis
ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia
mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama,
Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai
keupayaan pertahanan .
Faktor Ekonomi
Malaysia
merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik
dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.Sejak zaman
penjajah British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih
timah dan getah. Pada masa ini telah
terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti
Britian dan Amerika Syarikat. Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari
negara-negara tersebut.Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan
pelaburan asing.Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di
samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun1980-an , melalui Dasar
Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di
Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama,
Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negera sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping
mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
Faktor politik
Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan
prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar
luar Malaysia juga menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar Malaysia yang
menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.Malaysia juga
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) bagi memelihara keamanan dunia.Oleh itu Malaysia tegas dengan
pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai
dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia
mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
negara seperti Singapura, Thailand,
Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
Faktor Demografi
Malaysia
telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara
berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan
sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar
Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan
sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang
dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor
kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
5) PERKEMBANGAN
DASAR LUAR
1. Jelaskan tahap perkembangan dasar
luar Malaysia dari
tahun 1957 hingga tahun 2003
tahun 1957 hingga tahun 2003
(i)Tahap Pertama (1957-1970)
|
(ii)Tahap Kedua (1972-1981)
|
(iii)Tahap Ketiga (1981-2003)
|
2. Jelaskan perkembangan dasar luar
negara kita dari tahun
1957 hingga tahun 2003
1957 hingga tahun 2003
(i) Dasar
Pro-Barat
|
(ii) Dasar
Berkecuali
|
(iii) Dasar kepentingan Ekonomi
|
3. Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan n t b
(i) Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
|
(ii) Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn
(1976-1981) |
(iii)Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
|
(i)
Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul
Rahman
Rahman
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama
memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan
negara jiran dan Komanwel.Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.Faktor politik merujuk
pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara
melalui Parti Komunis Malaya.Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan
daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat
perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada
tahun 1956.Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar
luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan
timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk
memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada
tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula
memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan
ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun
sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya,
iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada
negara Barat termasuk Britain.Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini,
Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan
dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman
Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran
baru.
(ii) Tahap Kedua / Dasar Berkecuali / Tun Abdul Razak
(1972-1976) & Tun Hussein Onn(1976-1981)
(1972-1976) & Tun Hussein Onn(1976-1981)
Menjelang
tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara.Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di
Timur.Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi
mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama
dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik
dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik
dengan Vietnam pada tahun 1976.Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat
diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
(iii) Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi /
Tun Dr Mahathir Mohamad(1981-2003)
Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Dasar
Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun
dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.Dasar ini
bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai
yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan
etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga
telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi
lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi
lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
6) Terangkan kejayaan yang dicapai Malaysia
hasil hubungan dengan negara luar
@
Dasar luar negara yang diamalkan
sejak tahun 1957 hingga kini berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang dihormati.Buktikan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan
hubungan baik antara negara-negara luar.Situasi ini membawa kepada penggubalan
dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali.
Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara
yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini
juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai pasukan pendamai di bawah
panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang
Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili
pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.Pada
tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan
pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea
serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa
memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan
amalan yang toleran dalam hubungan sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan
yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti
memutuskan hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar
apartheid di negara tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan
kaum Serb terhadap rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan
perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan
negara-negara luar.
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi
persidangan-persidangan yang membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan
negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments
Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989.
Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara
Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk
membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil hasil daripada
penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Situasi ini juga dapat
mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan yang
Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
7) Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa
berubah mengikut peredaran masa ?
Dasar
luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada
kepimpinan negara.Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah
pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri
Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar
berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya
peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu
Amerika Syarikat dan China.
Malaysia juga telah mengisytiharkan
konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur.Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan berbail-baik dengan semua
negara.
Selain itu, dasar luar sentiasa
berubah kerana kepentingan ekonomi seperti perdagangan, pelaburan dan
pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.Malaysia telah mengadakan
hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean seperti Singapura dan
Thailand.Keadaan ini telah meningkatkan nilai perdagangan negara kita.
Seterusnya semasa pemerintahan Dato’
Seri Dr Mahathir juga telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun
1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia.
Perubahan ini mendorong peningkatan pelaburan dari negara berkenaan yang
membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
Perubahan
dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara
lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut, Malaysia
telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak.
8) Jelaskan
kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin kestabilan
dan kemakmuran negara.
@
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam
meningkatkan ketamadunan bangsa dan negara.
Kepentingan
dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara dapat
dikekalkan. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan
negara. Selain itu hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan
dan persefahaman dapat dipupuk. Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur
asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing,
ekonomi negara akan berkembang pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan. Keadaan ini juga turut meransang kemasukan tenaga
kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek
mega seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas.
Selain itu,
syarikat-syarikat tempatan juga dapat
membuat pelaburan di negara-negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan
Petronas di Vietnam .
Dasar luar negara juga
penting untuk mengekalkan kedaulatan negara.Dasar berbaik-baik dengan semua
negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan negara jiran.Segala konflik
dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui mahkamah antarabangsa,
contoh isu Pulau Batu Putih.
Dasar luar
negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan
yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden ke
dalam negara. Kemajuan
dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro
elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Kereta api Tanah
Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi peluang untuk
mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.
9) Sebagai
rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia perlu menjalinkan hubu gan luar dengan Negara lain
tanpa mengira ideilogi Negara tersebut.?
@
Pada
pendapat anda mengapa Negara kita perlu berbaik-baik dengan Negara luar?
Ya,
sebagai rakyat Malaysia memang saya bersetuju perlunya Malaysia menjalinkan
hubungan dengan Negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia terpaksa memilih
berbaik dengan semua Negara kerana setelah kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty).
Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain
dalam menjamin keselamatan Malaysia, kerana Britain telah mengurangkan
pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan Negara mengamalkan
ideology kumunis, seperti Republik Rakyat China. Dengan berbaik=baik dengan
semua Negara ini Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna.
Barangan kumuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Republik
China. Dengan ini pendapatan Negara meningkat.
Hubungan
yang erat dengan banyak Negara ini Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancung,
justeru pertukaran wang asing semakin meningkat, dengan ini menjana ekonomi
Negara. Peluang pekerjaan dalam industry
pelancungan semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara
serantau, dengan menubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan kesetabilan politik
Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan Negara
anggota ASEAN.
Saya
juga percaya apabila berbaik-baik dengan
semua Negara Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing
masuk ke Malaysia, dengan ini membantu mengstabilkan ekomomi Negara. Dengan
cara ini juga Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam
Negara.
Dalam
bidang social pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui pertukaran
siaran Tv dengan Negara ASEAN.
Bila
berbaik-baik dengan semua Negara, Malaysia juga dapat mengamalkan pasaran bebas
kerana tidak terikat dengan mana-mana Negara, kerana kita mengamalkan kemesraan
dengan semua Negara tanpa terikat dengan mana-mana ideologi
Malaysia
juga berbaik-baik dengan Negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC.
Hubungan baik ini barangan dagangan Malaysia dapat dipasarkan di Negara-negara
Arab. Malaysia juga mendapat hak keistimewaan dari Negara Arab dalam urusan
Jemaah haji ke Mekah.
Akhirnya dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar
Aman, Bebas dan Berkecuali, Malaysia dihormati oleh Negara luar, justeru
Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam Negara dapat
diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat
mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang
tinggi dalam kehidupan.
10) Ramalkan dasar luar negara pada masa
hadapan/ cadangkan halatuju dasar luar negara pada masa kini
Malaysia
akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.Malaysia juga akan
terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya.
Di
samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdangan,pelaburan dan pembangunan
ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang
pekerjaan kepadan masyarakat di negara kita.
Negara
kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea
Selatan sebagai model untuk membangunkan Negara. Malaysia juga terus komited
menjalikan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN.
Malaysia
juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand
bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau.Begitu juga Malaysia akan
terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin,Afrika,Asia
Barat serta negara Maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia
juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.Semua ini dilakukan melaui misi
lawatan pemimpin ke negara –negara teresebut secara rasmi dan
berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar
deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA yang
mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi Negara
maju menjelang tahun 2020.
Dalam
memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,Malaysia
terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan
pertikaian secara rundingan dan diplomasi.Malaysiaakan tarus memperjuang nasib
rakyat Palestein yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan terus berperanan dan
bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga
kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka meneruskan
komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam ASEAN.Ini menjadikan
negara kita sentiasa menjaga hunbungan baik dan mesra melalui persidangan
Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
11) Pada
pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?
Kesan sekiranya dasar luar negara
tidak mantap ialah eksport negara berkurangan
kerana banyak negara tidak mengadakan hubungan luar dengan Malaysia.
Ekonomi negara juga merosot dan ini
menyebabkan pendapatan negara merosot.
Pelabur asing tidak akan melabur di
dalam negara kerana hubungan luaryang tidak mantap. Hal ini menyebabkan peluang
pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Kesannya Imej
negara merosot dan ketamadunan negara akan lenyap.
Politik negara menjadi tidak stabil
dan kedaulatan negara akan terancam. Maruah negara akan tergadai kerana
kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat.
12) Mengapa dasar luar yang mementingkan
kemajuan ekonomi lebih penting pada hari ini?
Kemajuan ekonomi sangat penting
dalam penggubalan dasar luar pada hari ini.Keadaan ini penting untuk menjana
pendapatan negara melalui kemasukan pelabur asing ke negara kita. Pembukaan
kilang-kilang dan ladang-ladang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan
kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan taraf hidup
rakyat. Selain itu Malaysia merupakan pembekal bahan mentah utama dunia seperti
getah dan kelapa sawit.Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk
memastikan pasaran bahan mentah meningkat dari semasa ke semasa.Seterusnya
kerjasama perdagangan antarabangsa juga dapat ditingkatkan. Peningkatan urusan
import dan eksport dapat menguntungkan kedua-dua pihak. Apabila Malaysia
menjalinkan hubungan luar, ekonomi global dapat berkembang melalui perdagangan
bebasdan pertukaran wang asing juga turut meningkat.Keadaan ini dapat
meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya bersaing di peringkat global.Pemindahan
teknologi melalui projek usahasama mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat
melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar Pandang ke Timur.
13) Apakah
usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar
Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam
bidang ekonomi dan perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan
hidro elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan
kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing
dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama industri automobile antara
Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea
Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.
Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara
lain.
Contohnya pada tahun 2005 Yang
di-Pertuan Agong
(Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja
Permaisuri Agong
(Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.
Mengadakan
mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan
persefahaman antara Negara. Mengadakan
kerjasama pertahanan contohnya penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding
bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang
bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim
di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. .
Bertukar-tukar
pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat suara.Selain
itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan
ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel. Usaha
lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain
dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda
peperangan seperti Syria.
Selain
itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam
mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza /
Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan lawatan rasmi ke luar negara bagi
membincangkan permasalahan politik atau hubungan perdagangan dua hala
Malaysia
juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran pelajar
.Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha
lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan
menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
Malaysia
juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan persaingan
senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu kita
manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak
melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga turut bekerjasama
dalam perkongsian budaya antara negara.contohnya Malaysia telah
menganjurkan Festival Makanan, Kraf
Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan
matlamat untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.
14) Sejauhmanakah
dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.
Dengan
adanya dasar luar Malaysia ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat
kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar tanpa mengira
kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Pengukuhan
perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti Tsunami di
Acheh dan gempa bumi di Jepun negara kita telah menghantar bantuan
perubatan,bantuan kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan
dan minuman kepada semua mangsa.
Dengan
adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia pernah menjadi
perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan
sebagainya.
Selain
itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan
peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel
mengikut lunas lunas yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Dasar
luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat
dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui
keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang
menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan
dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan
dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita
dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga
Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat
penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu
juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.
15) Cadangkan hala tuju yang sesuai bagi
dasar luar negara pada masa hadapan
@
Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
13) Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara
luar pada era
globalisasi hari ini
Cabaran
pertama yang dihadapi oleh negara
kita ialah perbezaan ideologi antara
negara mewujudkan jurang persefahaman
yang luas antara negara.Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam yang
mengamalkan mazhab yang berbeza.
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk
mengekalkan hak negara. Isu
persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi
renggang.Contohnya isu Pulau Spratly.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi
cabaran untuk mengekalkan kemajuan
ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai
mata wang Malaysia.Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran
dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing.Keadaan ini
menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad.
Cabaran yang terakhir
ialah jenayah merentasi
sempadan.Contohnya penyalahgunaan dadah.Pengedar dadah menjadikan Malaysia
sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi
keldai dadah.
Antara langkah yang
boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling
menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya
hubungan dua hala supaya ideology yang
berbeza tidak menjadi penghalang
Langkah yang kedua
mengatasi cabaran ialah negara-negara
yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah
Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.
Seterusnya bagi
menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara
lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Bagi menghadapi cabaran
keempat,penguatkuasaan undang-undang
yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan
kepada pekerja asing dapat di kawal.Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan
rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Untuk mengatasi cabaran
kelima,kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara
serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah.Selain itu Malaysia
juga mengukuhkan kerjasama dengan pihak
berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan
hubungan dua hala tersebut.
14) Iktibar yang diperoleh berdasarkan
tajuk yang dikaji
Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk
yang dikaji ialah penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Selepas mencapai kemerdekaan, negara
kita telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan memainkan peranan
secara aktif seperti dalam pertubuhan PBB, Komanwel dan OIC.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi
sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Dasar luar yang diamalkan oleh
Malaysia akan merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju yang aman
dan makmur.
Rakyat Malaysia harus mengambil
iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian di negara lain yang bergolak
dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik
negara.
18.Membuat
kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan
(a).
Pengetahuan yang diperolehi
(b). Nilai-nilai murni dan unsur
patriotisme yang diperoleh ke
arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia
(c). Harapan menjadikan bangsa dan
negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Berdasarkan tajuk yang dibincangkan,
Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan
sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan
negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
Nilai-nilai murni dan patriotisme yang
diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan negara ialah sentiasa bekerjasama dan
bertoleransi untuk mewujudkan kesejahteraan dunia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita
berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia kerana
sumbangan mereka dihargai pemimpin luar
Untuk menjadikan bangsa yang
cemerlang, kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab terutama
dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan.
Dasar-dasar luar Malaysia mampu
mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain di dunia melalui
amalan semangat setia kawan dan rasional dalam membantu menyelesaikan masalah
dunia
No comments:
Post a Comment