Tuesday, 1 November 2016

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1

BAB 1   :  SEJARAH DAN KITA
(1)  Pengertian Sejarah
1.       Perkataan  Arab  -  syajaratun  -  pohon  atau  pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
2.       Ibn Khaldun – masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
3.       Herodotus  – cerita  tindakan  manusia  dan  sebab mereka melakukannya.
4.       Muhd. Yusof Ibrahim –  rekod peristiwa yg berlaku.
5.       Penyelidikan perkara yg telah berlaku

(2)  Ciri-ciri Sejarah
a)   Fakta yang tepat dan benar.
1.       Fakta Sejarah dibuktikan melalui
i.        peristiwa
ii.      tempat iii.  tokoh iv.  tarikh
2.       Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah. 3.      Fakta sejarah – bukti kesahihannya
b)   Penting dan bermakna.
1. Peristiwa penting kepada negara - kemerdekaan 2. Peristiwa penting kepada pelajar - tarikh lahir pelajar.
c)           Sebab dan akibat. 1.          Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
2.       Bagi mengetahui sebab dan akibat   peristiwa – apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana
3.       Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
4.       Sebab & akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu

(3)  Sumber Sejarah
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
i.       fosil, artifak dan keterangan lisan.
ii.     Belum diolah dan dicetak iii. Masih asli dan belum ditaksir.
iv.   Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
i.       Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
ii.     Ditulis oleh sejarawan. iii. Diolah dan dicetak. iv. Disebarkan kepada umum.
v.    buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah. (4)  Kaedah Pengkajian Sejarah
a)   Kaedah lisan. 1.  Maklumat diperoleh secara terus 2.  melalui ucapan, penceritaan, perbualan
3.     Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
4.     Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
5.     Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
6.     Kelemahan  - wujudnya  unsur  tokok  tambah  yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
7.     Kesan kemajuan sains dan teknologi kaedah pandang dengar digunakan. Contoh:
televisyen, pita rakaman & internet
Sejarah Tingkatan 1-Bab 1
b)   Kaedah bertulis.
1. Maklumat  drp  sumber  yang  ditulis,  dilakar  atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c)     Kaedah arkeologi.
1.       Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2.       Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
3.       Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
4.       Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

(5)  Pentafsiran Sejarah
1.       Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
2.       Sejarawan berusaha mencari jawapan
3.       Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4.       Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
i.         ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau
memperkenalkan sistem cukai.
ii.        Sejarawan lain - pembunuhan kerana
Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5.       Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i.         Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja menenteramkan kacau bilau
ii.        Sejarawan  lain - penjajahan  kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
iii.      Sejarawan  Barat  -  anggap  Tok  Janggut,  Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv.      Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6.       Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah

(6)  Tujuan mempelajari  Sejarah
1.       Banyak ilmu pengetahuan.
2.       Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.       Memahami sejarah tamadun awal bangsa
4.       Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
5.       Membentuk keperibadian bangsa
6.       Ketahui pemimpin dan tokoh negara
7.       hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
8.       Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9.       Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.
(7)  Faedah mempelajari sejarah.
1.       Panduan untuk memperbaiki kesilapan
2.       Menjadi perangsang memajukan negara
3.       Mengingati zaman keagungan kita
4.       Memupuk semangat patriotisme
5.       Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia
(8) Rumusan
1.       Sejarah - panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan.
2.       Melalui  sejarah,  generasi  kita  dipupuk  dengan semangat patriotisme
3.       Sejarah membantu            kita         menghargai           serta





memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.


:  ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

(1) Pengenalan tentang zaman prasejarah
1.       Zaman Prasejarah dibahagikan
i.    Zaman Paleolitik
ii.   Zaman Mesolitik iii. Zaman Neolitik iv Zaman Logam.
2.       Tempoh masa setiap zaman beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
3.       Perbezaan  zaman  bergantung  kepada  kemajuan tempat tersebut.
4.       Zaman Prasejarah di Malaysia
i.    Zaman Paleolitik, ii.Zaman Neolitik
iii. Zaman Logam.
5.       Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik
6.       Penyelidikan terdahulu - selepas Zaman Paleolitik, kita mengalami Mesolitik bercirikan alat batu Hoabinh di Vietnam.
7.       Alat batu bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong ialah alat batu Zaman Paleolitik.
8.       Zaman Logam terbahagi
i.    zaman Gangsa
ii.   zaman Besi

(2)  Zaman Paleolitik
a)   Ciri-ciri penempatan. 1. Hidup berpindah-randah (nomad).
2. Tempat tinggal ialah
i.    di kawasan terbuka (luar gua),
ii.   dalam gua iii. sekitar tasik.
b)   Kegiatan dan peralatan.
1. Buru binatang liar. 2. Pungut hasil hutan
3.       Hidup sara diri.
4.       Guna alat batu yang kasar untuk  memotong daging dan menetak pokok.
5.       Alat batu penetak - utk meraut & memotong.
c) Kepercayaan.
1.         Animisme - percaya benda seperti batu mempunyai semangat
2.         upacara perkuburan.
3.         Mayat dikebumikan bersama barang-barang 4. Manusia Perak dikebumikan kaki berlipat.
d)   Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia.
1.       Di  Perak  -  Bukit  Jawa,  Kota  Tampan  dan  Bukit Bunuh di Lenggong,.
2.       Di Sarawak - Gua Niah
3.       Di Sabah - Tingkayu
e) Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia.
1.       Di  Kota  Tampan  –  disahkan  melalui  pentarikhan saintifik  dan  menandakan Malaysia  antara  negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia.
2.       Gua Niah – kegiatan penggalian dilakukan.
3.       Gua Gunung Runtuh – ditemui manusia Perak


(3)  Zaman Neolitik
a)   Ciri-ciri penempatan. 1.            Menetap di dalam gua /hamper dgn sungai.
2. Wujud sistem bermasyarakat - mempunyai ketua dan pembahagian kerja.
b)   Kegiatan dan peralatan.
1.         Cipta alat tembikar seperti periuk
2.         Bercucuk tanam.
3.         Tangkap ikan.
4.         Ternak binatang.
5.         Berburu
6.         Pungut hasil hutan.
7.         Berdagang secara tukar barang.
8.         Guna alat batu tetapi lebih kemas buatannya 9. Cipta barang kemas spt kalung, anting-anting
c) Kepercayaan.
1.   Mengamalkan kepercayaan animisme
d)   Petempatan zaman Neolitik di Malaysia.
1.             Di Kelantan - Gua Cha 2. Di Sabah - Bukit Tengkorak
e) Penemuan zaman Neolitik di Malaysia. 1. Gua Cha, Kelantan – ditemui pengebumian manusia
2.       Bukit Tengkorak, Sabah –
3.       Gua Harimau, Perak – ditemui artifak tembikar.

(4)  Zaman Logam
a)   Ciri-ciri penempatan. 1. tinggal menetap
2. ada masih tinggal di dalam gua 3. ada tinggal berhampiran sungai.
b)   Kegiatan dan peralatan.
1.       alat logam daripada gangsa dan besi.
2.       bercucuk tanam.
3.       Tangkap ikan.
4.       ternak binatang.
5.       Berburu.
6.       Perdagangan tukar barang.
c)     Kepercayaan.
1.       Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.
2.       Pengebumian menggunakan kepingan batu.
d)   Petempatan zaman Logam di Malaysia. 1. Di Pahang - Sungai Tembeling
2.    Di Perak - Gua Harimau dan Changkat Menteri
e)     Penemuan zaman Logam di Malaysia.
1.         Sg Tembeling, Pahang – dijumpai kapak dan mata lembing
2.         Lembah Bernam, Selangor – ditemui sabit.
3.         Klang, Selangor – ditemui pisau.
4.         Gua Harimau,Perak–kapak gangsa & acuannya
5.         Raub, Pahang – dijumpai tulang mawas.
(5) Rumusan
1. Penemuan di Bukit Jawa buktikan zaman pra sejarah di Malaysia bermula 200000 - 300000 tahun dahulu. 2.  Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak.
3. Harus contohi kegigihan dan semangat berusaha 4. Harus jadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.
:  KERAJAAN AWAL DI ASIA
TENGGARA

 (1)  Kerajaan agraria
1.       Berasaskan pertanian.
2.       Terletak di tanah subur, lembangan sungai dan. kawasan pedalaman.
3.       Berburu, 4. Kutip hasil hutan
5.        Tangkap ikan.
6.        Menanam ubi taro, padi huma dan padi sawah 7.   Ternak binatang.
8.       Bina empangan,
9.       Bina terusan dan saliran
10.    Pemerintah - bina dan uruskan sistem pengairan
b)   Kerajaan Angkor
1.       Pusat kerajaan di hilir Sungai Mekong.
2.       Pertanian di sekitar tasik Tonle Sap.
3.       Bina baray (kolam air besar) utk kegiatan pertanian.
4.       Raja dianggap Devaraja
i. wakil dewa untuk memimpin manusia ii. berkuasa mutlak.
5.       Raja dibantu oleh kerabatnya
6.       Kegemilangan semasa Suryavarman II.
7.       Agama utama - Hindu-Buddha.
8.       Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.
c) Kerajaan Funan
1.          Krajaan terawal di Asia Tenggara.
2.          Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura 3. Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian 4. Bekalan air dr Sg Mekong dan persisiran pantai.
5.           Raja pertama – Kaundinya (bergelar Kurung Bnam) 6              Jeneral agung ialah Fan Shih-Man.
7.         Pelabuhan utama - Oc-Eo
8.         Jalan perhubungan utama - Sungai Mekong.

(2)  Kerajaan Maritim
1.        Terletak di persisiran pantai.
2.        Pusat pentadbiran di kawasan muara sungai.
3.        Kegiatan berkaitan laut - perdagangan, perikanan.
4.        Laut menjadi laluan perdagangan utama.
5.        Pelabuhan di kuala sungai sebg pusat perdagangan.
6.        Pelabuhan lengkap dgn bekalan air, tempat tinggal,
7.        Menjadi orang tengah
8.        Barangan dikumpulkan -. hasil hutan, rempah ratus,
9.        Bina kapal,
10.    Kuasai ilmu pelayaran. Belayar ke Afrika Timur.

b)   Kerajaan Champa
1.       Diasaskan oleh Chu-Lien.
2.       Raja Champa dipengaruhi agama Hindu.
3.       Terdapat pegawai pemungut cukai.
4.       Pelabuhan utama ialah Inderapura.
5.       Ditadbir oleh 14 dinasti.
6.       Kurun  ke-13,  dipengaruhi  oleh  China.  Pengaruh China lenyap pada kurun ke-15.
7.       Tahun 400M, kerajaan diterajui oleh Bhadravarnom.
8.       Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi.


c)       Kerajaan Chih Tu
1.           Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.
2.           Diasaskan oleh Raja Gautama
3.           Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.
4.           Raja dibantu 3 orang menteri
5.           Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya 6. Menerima pengaruh Hindu.
d)   Kerajaan Srivijaya 1.                 Pusat pemerintahan di Palembang, 2.             Raja berkuasa mutlak.
3.       Menurut catatan Arab, raja dianggap Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
4.       Menteri - perantaraan antara raja dan rakyat.
5.       Catatan batu bersurat di Telaga Batu
i. pentadbiran diraja, ii. pentadbiran ketenteraan
iii. pentadbiran daerah.
6.       Kuasai Selat Melaka, Selat Sunda & Laut Jawa
7.       Pelabuhan penting - Palembang.
8.       Pelabuhan pusat pertukaran barangan
9.       Damar, cendana, .kapur barus, kemenyan, lada hitam.
e) Kerajaan Kedah Tua 1. Kerajaan awal di Sem. Tanah Melayu
2.       Dikenali sebagai Kataha.
3.       Menurut I-Ching, Kedah Tua disebut Cheh-Cha.
4.       Pelabuhan peringkat awal di Sg Mas  --  berpindah ke Lembah Bujang.
5.       Dipengaruhi Buddha - kemudiannya agama Hindu.
6.       Bukti pengaruh Hindu-Buddha - peninggalan candi di Lembah Bujang (candi di Bukit Batu Pahat).
7.       Gunung Jerai - panduan kepada pedagang yang ingin ke pelabuhan Sungai Mas dan Lembah Bujang.
8.       Pelabuhan di Kedah Tua - pusat tukar barang dan persinggahan pedagang sebelum belayar ke timur.
9.       Menjadi pusat barangan dagang tempatan spt beras,
10.    Menjadi pengeluar padi
11.    Bukti kegemilangan sebagai pelabuhan entreport
i.  penemuan wang perak pmhan Sultan al-Mutawakil
ii. manik dari India iii. barangan kaca dari Timur Tengah.
f)     Kerajaan Majapahit
1.       Diasaskan oleh Raden Wijaya
2.       Menerima pengaruh Hindu-Buddha.
2.       Pentadbiran berasaskan Undang Manu.
3.       Raja dibantu  Perdana Menteri dan 4 orang menteri.
4.       amalkan konsep Devaraja.
5.       Kegemilangan ketika pemerintahan Hayam Wuruk
6.       Dibantu Perdana Menterinya (Patih Gajah Mada).
7.       Dikunjungi pedagang luar
8.       Pelabuhan utama-Kataha (Kedah Tua) & Temasik. (3) Rumusan
1.       Pentadbiran teratur bolehkan kemudahan di pelabuhan.
2.       Kecekapan pemimpin mentadbir kerajan
3.       Pemerintahan tersusun wujudkan suasana aman
4.       Sokongan rakyat membantu kemajuan
5.       Berbangga dgn kebolehan mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia
6.       Keamanan, bermasyarakat, kesetiaan, bersatu padu, dan harmoni - penting dlm pemerintahan
:  PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

(1)  Parameswara    Pengasas    Kesultanan    Melayu
Melaka
a)   Kedatangan Parameswara
1.       Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2.       Majapahit kuasai Palembang dan Temasik.
3.       Raja     Palembang     &     puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4.       Majapahit menyerang Palembang, 5. Parameswara berundur ke Temasik.
6.        Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7.        Temasik di bawah naungan Siam.
8.        Parameswara   menuntut   hak   pertuanan   Temasik kerana Temasik pernah jadi naungan Srivijaya.
9.        Parameswara bunuh Temagi.
10.    Majukan  Temasik  bagi  kembalikan  kegemilangan Srivijaya
11.    Pembunuhan Temagi menyebabkan
i. Siam ingin menuntut bela, ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12.    Parameswara dan Orang Laut  berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13.    Dari Muar -  ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14.    Tiba di perkampungan nelayan.
15.    Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan Orang Asli.
16.    Tempat  sesuai  kerana  berhampiran  laut  -  laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air 17.  Muka bumi berbukit-bukau - petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18.    Pokok   bakau   dan   api-api   menjadi   benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19.    Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.

(2)  Asal-usul nama Melaka.
a)   Berasal daripada nama pokok.
1.       Parameswara  berehat  di  bawah  pokok  Melaka  - terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2.       Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3.       Tempat tersebut didirikan kerajaan 4. Menamakan nama Melaka sempena nama pokok
b)   Berasal daripada istilah Arab.
1.       Pedagang  Arab  -  Melaka  “Mulaqah”  bermaksud “pertemuan”.
2.       Melaka        disebut   “Malakat”            bermaksud
“perhimpunan segala dagang”.
c) Berasal daripada bahasa Sanskrit. 1. Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali “Amalaka”.
2.       Menurut   mitos   Hindu,   “Amalaka”  ialah   pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3.       Pokok  dikaitkan  tempat  kediaman  tuhan  agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4.       Buah pokok - dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

(3)  Kegigihan Parameswara
a)   Sistem pemerintahan yang teratur.
1.       Pembesar bertangungjawab hal ehwal balairung seri.
2.       40 orang bentara - jalankan perintah raja.
3.       Biduanda kecil - bawa alat-alat kebesaran diraja.
4.       Biduanda dikenali sebagai   budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba dan orang suruhan raja.
b)   Kemudahan pelabuhan.
1.             Kemudahan di pelabuhan - baiki kapal,bekalan air 2.               Sediakan tempat penginapan
c)     Hubungan diplomatik
1.       Hubungan dgn Siam- elakkan Melaka dari diserang
2.       Hubungan diplomatik dengan Siam -  pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3.       Hubungan  dgn  China  terjalin  apabila  Laksamana Yin Ching.datang
4.       Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5.       Parameswara memohon perlindungan China. 6. Melaka menjadi negeri naungan China
7.       Melaka hantar ufti.
8.       Kerajaan  China  mengurniakan payung  kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian
9.       Melaka hantar utusan ke negeri China.
10.    Hubungan Melaka dan  China  menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11.    Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan
d)   Bantuan / Peranan orang laut 1.             jaga keselamatan perairan Melaka.
2.       mempunyai ciri pahlawan
3.       mahir bidang kelautan dan selok-belok Selat Melaka
4.       taat dan setia kepada sultan dan kerajaan Melaka.
5.       bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang .
6.       bekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan
7.       Menurut Tome Pires & de Barros pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.

e)     Ikatan konsep daulat.
1.       Parameswara dibantu oleh rakyatnya
i.      Orang Melayu
ii.     Orang Laut
iii.   Orang Asli.
2.       Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3.       Orang   Laut   bekalkan   hasil   laut   dan   menjaga keselamatan Selat Melaka.
4.       Orang Melayu menjadi ketua-ketua masyarakat
5.       Orang  Melayu  dilantik  sebagai  pembesar  seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.

(4) Rumusan
1.       Parameswara bijak mengatur strategi.
2.       Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.
3.       Keyakinan  dan  kegigihan  Parameswara  telah membangunkan Melaka





1


BAB 5   :  KEGEMILANGAN MELAKA

(1)  Pentadbiran – pembesar empat lipatan
1.        Peranan sultan Melaka
i.        Selaraskan kegiatan ekonomi Melaka ii.  lambang perpaduan rakyat jelata. iii. Ketuai hubungan diplomatik.
iv.   ketua agama Islam.
v.     ketua adat istiadat Melayu. vi. Ketua angkatan tentera.
vii. Lantik pembesar negeri.
2.        Sultan dibantu oleh pembesar berempat
i.        Bendahara ii. Penghulu Bendahari iii. Temenggung iv. Laksamana
3.        Peranan Bendahara
i.        Penasihat sultan dalam pentadbiran ii.  Menteri utama.
iii. Ketua turus angkatan perang. iv. Ketua hakim.
v.  Pemangku sultan
4.        Peranan Penghulu Bendahari
i.        Pungut hasil atau ufti ii.  Ketua segala bendahari. iii. Ketua urusetia istana.
iv. Ketua segala syahbandar.
5.        Peranan Temenggung
i.        Ketua polis dan penjara ii.  Penguasa Bandar dan kota Melaka.
iii. Protokol istana iv. Hakim di darat.
6.        Peranan Laksamana
i.        Ketua angkatan laut ii.  Pengawal peribadi sultan iii. Ketua duta iv. Mengetuai utusan
7.        Pembesar Berempat dibantu oleh
i.        Pembesar Berlapan
ii.       Pembesar Enam Belas iii. Pembesar Tiga Puluh Dua
8.        Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
9.        Kawasan pentadbiran pembesar dikenali “Kawasan Pegangan”.
10.    Kawasan  Pegangan  Bendahara  di  Muar  dan Bentan.
11.    Kawasan   Pegangan   Penghulu   Bendahari   di Sening Ujung dan Kampar.
12.    Kawasan Pegangan Laksamana di Temasik.
13.    Kawasan Pegangan Hulubalang di Sungai Raya dan Siantan.
14.    Temenggung tiada Kawasan Pegangan
15.    Sultan  melantik  pembesar  jajahan  dan  daerah untuk memungut cukai.
16   Kawasan memungut cukai dikenali   “Kawasan Pemakanan”.
17.  Pembesar menghadap dan memberi ufti

(2)  Pusat perdagangan
a)   Kedudukan geografi 1.              Di laluan Timur & Barat.
2.       Kuasai Selat Melaka
3.       Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman.
4.       Muara Sg Melaka dalam - dapat berlabuh dengan mudah
5.       Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera
6.       Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka.
7.       Pedagang  Timur  datang  -  ikut  angin  monsun Timur Laut.
8.       Pedagang  Barat  datang  -  ikut  angin  monsun Barat Daya.
9.       Ketika   menunggu   peralihan   angin   monsun, pedagang timur dan barat berjual beli
10.    Pedagang Melaka menjadi orang tengah  dalam urusan jual beli antara pedagang
11.    Bentuk   muka   bumi   Melaka   berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang yang belayar di  Selat  Melaka  –  awasi  keselamatan  Selat
Melaka
b)   Peranan Syahbandar
1.       Pengurus pelabuhan.
2.       melicinkan urusan perdagangan di Melaka.
3.       uruskan pasar dan gudang.
4.       Jaga keselamatan pedagang 5. Periksa alat timbang, sukat dan mata wang.
6.         Hakim di pelabuhan.
7.         Kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
8.         Mengurus cukai.
9.         4 orang Syahbandar
i.   Syahbandar 1 urus pedagang dari Gujerat ii. Syahbandar 2 urus pedagang dari China, Champa dan Ryukyu.
iii.    Syahbandar 3 urus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
iv.   Syahbandar 4 urus pedagang Jawa, Maluku, Banda,  Kalimantan,  Borneo,  Pasai  dan
Filipina.
c)             Peranan Laksamana dan orang laut 1.        jaga keselamatan perairan Selat Melaka.
2.   kawalan keselamatan oleh orang Laut.
d)   Undang-undang Laut Melaka
1.         Pastikan aktiviti perdagangan lancar
2.         24 fasal
i.   peraturan dan tatatertib berniaga ii.  hukum jenayah yang berlaku di kapal, iii. larangan-larangan     dan     tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.
e) Kemudahan di pelabuhan 1. gudang menyimpan barang
2.         tempat tinggal pedagang
3.         Syahbandar sediakan perahu, kapal jong, lancer, gajah dan pekerja
4      Kemudahan membaiki kapal di pelabuhan
5.     Makanan dan minuman kepada pedagang.
f)           Sistem cukai & surat kebenaran berniaga 1.              cukai berpatutan dan adil
2.       Pedagang bayar “Panduan” (cukai rasmi) sebelum berjual beli.
3.       Kadarnya berbeza - ikut tempat asal pedagang.
4.       Sistem  dinamakan  sistem  cukai  berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.
5.       Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai 6%.
6.       Pedagang tinggal tetap di Melaka -cukai 3%.
7.       Pedagang  dari  China  dan  Jepun  tidak  perlu membayar cukai – perlu bawa persembahan atau hadiah kepada sultan
8.       Perlu dapatkan surat kebenaran berniaga.
9.       Surat dianggap sebagai lesen
g)   Penggunaan sistem mata wang
1.          Mata wang diperkenalkan di Melaka
i.   Wang logam drp timah-dipanggil calains ii.  mata wang emas tempatan
2.          Mata wang emas, perak dan timah dari Pedir,
Pasai, Kembayat & Gujerat
h)   Pelabuhan entreport.
1. Pelabuhan  entrepot  - kumpul  barangan  dari Kepulauan Melayu & edar barangan dari Timur & Barat ke Kepulauan Melayu.
i) Bahasa Melayu sebagai lingua franca 1. Bahasa perantaraan
2.       Pedagang asing guna bahasa Melayu
3.       Pelbagai jenis bahasa di Melaka
4.       Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka ada 84 bahasa yang berlainan
5.       Bahasa Melayu sebagai lingua franca kerana mudah difahami.

(3)  Kematangan hubungan luar
Hubungan Melaka dengan Pasai
1.       Perkahwinan   antara   Sultan   Melaka   (Megat Iskandar Shah) dengan puteri Pasai.
2.       Pertukaran pendapat ttg hukum agama
3.       Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.
4.       Apabila berutus surat – guna istilah salam.
5.       Melaka bantu Pasai menamatkan huru-hara
6.       Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.
Hubungan Melaka dengan Jawa
1.       bentuk perdagangan .
2.       Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka. Hubungan Melaka dgn negeri naungan
1.       Siak & Kampar bekalkan emas kpd Melaka.
2.       Melaka  menakluki Kampar  dan  Siak  -  kuasai hasil perdagangan
3.       Kampar dan Siak diberikan taraf naungan.
4.       Apabila  berutus  surat  kedua-dua  negeri  perlu menggunakan istilah sembah.
5.       Ufti ke Melaka -bentuk wang atau barangan.
6.       Ketika Sultan Melaka melakukan lawatan ke luar negeri, raja negeri naungan perlu mengiringi baginda.  Sultan  Mansor  Shah  melawat Majapahit, baginda diiringi oleh raja-raja Pelembang, Jambi dan Lingga.
Hubungan Melaka dengan China
1.       Bermula apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.
2.       Hubungan perdagangan dan diplomatik.
3.       Dapat pengiktirafan dan perlindungan daripada negeri China.
Hubungan Melaka dengan Siam;
1.       Bermula dengan hubungan diplomatik.
2.       Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera   ke
Siam
3.       Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka.
Hubungan Melaka dgn Ryukyu (Jepun)
1.       Bentuk perdagangan dan diplomatik.
2.       Sultan  Mansor  Shah  pernah  mengirim  surat kepada raja Ryukyu memberitahu tentang tingkah laku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.
3.       Raja Ryukyu membalas surat tersebut.
4.       Raja Ryukyu menyanjung kedaulatan, peraturan dan undang-undang Melaka. Hubungan Melaka dengan Gujerat
1.       bentuk perdagangan
2.       Pedagang  Gujerat bekalkan kain
3.       Rempah  dari  Kepulauan  Melayu    dibekalkan oleh Melaka.
4.       Pedagang  Gujerat  sebarkan  agama  Islam  ke
Melaka
Hubungan Melaka dengan Tanah Arab
1.       bentuk perdagangan.
2.       Pedagang Arab membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu melalui Melaka.
3.       Mereka membeli teh dan sutera dari China yang terdapat di Melaka.
4.       Pedagang China mengembangkan agama Islam di Melaka.
(4)  Pusat pengembangan agama Islam
a)   Kedatangan agama Islam 1. Abad  ke-9,  Kedah menerima  agama  Islam. Bukti   -   penemuan   batu   nisan   di   Tanjung Inggeris, Kedah.
2.       Abad ke-13, agama Islam di Terengganu. Bukti - batu bersurat di Kuala Berang
3.       Abad  ke-15,  agama  Islam  di  Melaka  apabila
Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam b)   Cara kedatangan agama Islam ke Melaka
1.       Megat Iskandar Shah kahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.
2.       Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh  Arab  (Syeikh  Abdul  Aziz  dari Makkah)
3.       Syeikh  Abdul  Aziz  mengislamkan  Raja  Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
4.       Pedagang Islam dari Arab dan India   berniaga dan berdakwah di Melaka
5.       Sifat agama Islam – toleransi, adil dan rasional

c) Faktor-faktor      Melaka      menjadi      pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam
1.       Pertemuan ulama dari Arab dan Pasai.
2.       Ulama menjadi guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat
3.       Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain.
4.       Pendakwah disediakan tempat tinggal
5.       Sultan  Melaka  menerima  baik  agama  Islam  - diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata
6.       Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama.
7.       Sultan    Muzaffar    Shah    wujudkan    masjid, madrasah dan surau
8.       Tempat pusat pengajian ilmu tasawuf.
9.       Ahli tasawuf terkenal - Abdul Karim al-Jili - mengarang kitab Insan al-Kamil.
10.    Istana    Melaka    -    tempat    menterjemah, menyimpan kitab agama dan perpustakaan
11.    Kitab terjemahan - Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.
12.    Sultan Melaka menerapkan musyawarah dalam pentadbiran.

d)   Cara Melaka menyebarkan agama Islam 1. Pedagang  asing  di  Melaka memeluk  agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di tempat asal mereka.
2.       Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam
& sebarkan Islam di tempat asal 3. Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.
4.        Raja negeri jajahan memeluk agama Islam
i.   jamin keselamatan ii.  tanda taat setia kepada sultan Melaka.
5.        Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.
6.        Berdakwah secara berhemah
7.        Perkahwinan  politik     -     Perkahwinan  puteri Sultan  Mansor  Shah  dgn  putera  Raja  Siak  - agama Islam ke Siak.
8 Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.
e)             Kesan kedatangan agama Islam 1. Institusi kesultanan gantikan sistem beraja.
2.       Konsep devaraja dimansuhkan.
3.       Raja bergelar sultan
4.       Sultan Muhammad Shah - raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan.
5.       Ulama menasihati sultan dalam hal pemerintahan agar memerintah dengan adil.
6.       Undang-undang fikah pengaruhi Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut 7. Masjid &madrasah - pengajian agama Islam. 8. Pengajian al-Quran - asas sistem pendidikan
9.       Bahasa Melayu - bahasa lingua franca.
10.    Tulisan jawi diperkenalkan
11.    Agama Islam pengaruhi budaya masyarakat
12.    Pengaruh pada bidang seni
13.    Tulisan   khat   dan   ukiran   corak   bunga   dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis digunakan dalam ukiran dan penulisan.
14.    Amalan masyarakat dipengaruhi unsur Islam
i.   upacara khatam al-Quran ii.  majlis kesyukuran iii. kenduri arwah.
(5)  Pusat kegiatan ilmu
a)   Istana - pusat kegiatan intelektual 1.      Tempat berkumpulnya cerdik pandai
2.        Tugas jurutulis
i.            mengarang surat rasmi raja ii.  menggubal perjanjian iii. menjadi guru kepada anak-anak raja.
3.        Tugas pengarang
i.            mengarang sejarah ii.  menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan iii. menyusun salasilah raja iv. mencatat diari istana.
4.        Tugas ulama
i.            menulis kitab ii.  menterjemah kitab agama Islam.
5.        Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing
6.        Kegiatan   menterjemah   dan   menyadur   karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana
7.        Contoh Karya sastera terjemahan
i.            Hikayat Amir Hamzah ii.  Hikayat Muhammad Ali Hanapiah iii. Hikayat Iskandar Zulkarnain iv.  Hikayat Hang Tuah
v.  Hikayat Bayan Budiman
8.        Antara karya sastera saduran
i.            Hikayat Bulan Belah ii.  Hikayat Nabi Bercukur iii.  Hikayat Bakhtiar iv.  Hikayat Nabi Wafat
v.   Hikayat Nabi Yusof.
9.        Karya     bersifat     didaktik     iaitu     memberi pengajaran.
10.    Karya-karya – perantaraan penyebaran
11.    Karya undang-undang - Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
12.    Hukum Kanun Melaka
i.            digubal ketika Sultan Muhammad Shah ii.  dilengkapkan - Sultan Muzaffar Shah iii. disusun semula - Sultan Mahmud Shah.
13.    Istana Melaka - tempat simpan buku penulis tempatan dan penulis asing.
14.    Istana  Melaka  -  tempat  perbincangan  dan perdebatan alim ulama mengenai hal agama seperti membahaskan kitab Darul Manzum
15.    Bahasa Melayu – bahasa ilmu pengetahuan, persuratan dan perantaraan
16.    Tulisan jawi menggunakan huruf Arab

(6)  Perluasan Kuasa
a)   Cara-cara perluasan kuasa Melaka. 1.               Penaklukan ke atas Kampar dan Pahang.
2.       Jamin keselamatan, kemakmuran dan keutuhan kerajaan Melaka.
3.       Penaklukan berjaya
i.   kebijaksanaan sultan mengatur strategi ii.  bantuan askar Melaka yang berani.
4.       Pemerintah   yang   rela   bernaung   di   bawah kerajaan Melaka seperti Jambi dan Lingga.
5.       Raja-raja di bawah naungan Melaka  ditabalkan oleh sultan Melaka.
6.       Perluasan kuasa melalui perkahwinan politik
7.       Melaka bantu Sultan Zainal Abidin dari Pasai hadapi masalah pertelingkahan takhta.
8.       Melaka bantu Pasai kalahkan kerajaan Aru

b)   Kebijaksanaan pemimpin Sultan Muzaffar Shah
1.       Kuasai Pahang, Inderagiri dan Kampar.
2.       Hantar  Tun  Perak  menghadapi serangan Siam (musuh Melaka).
3.       Jalin hubungan diplomatik dengan China.
4.       Selesaikan   masalah  perbalahan  antara   orang
Melayu dan orang India-Muslim di istana
Sultan Mansur Shah
1.       Kuasai Bernam dan Perak serta Siak
2.       Halang  Pahang,  Inderagiri  dan  Kampar  drp membebaskan diri daripada Melaka.

Sultan Alauddin Riayat Shah
1.       Seorang yang warak dan gagah.
2.       Pentingkan pentadbiran 3. Pentingkan keamanan negara.
4.       Menyamar sebagai rakyat biasa
5.       Tumpuan kepada perluasan kuasa.
6.       Bijak  memilih  hulubalang.  Laksamana  Hang Tuah berperang dengan Aru. .
Bendahara Tun Perak
1.       Pembesar berwibawa.
2.       Halang serangan Siam ketika menjadi penghulu Klang.
3.       Arahkan    pengikut    membawa    keluarga    - menaikkan semangat tentera mempertahankan Melaka.
4.       Ketika  menjadi  Bendahara,  Siam  sekali  lagi menyerang Melaka.
5.       Arahkan  askarnya  menggunakan  perahu  kecil sebagai muslihat perang.
6.       ikat jamung (suluh api) di pokok bakau. Tentera Siam sangka tentera Melaka ramai.
7.       Kuasai    Pahang    yang    berada    di    bawah penguasaan Melaka.
8.       Setia  kepada  Sultan Melaka.  Apabila anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah iaitu Raja Muhammad, beliau tidak menuntut bela.
9.       Minta Sultan Mansor Shah tidak melantik Raja Muhammad -   tapi dihantar ke Pahang menjadi raja.

c)     Kesan  perluasan  kuasa   ke   atas  kerajaan Melaka
1.       Terima  ufti  dlm  bentuk  wang,  barangan  dan ketenteraan.
2.       Klang, Bernam, Perak dan Jugra  memberi ufti - 40 ribu calains (wang timah)
3.       Kampar, Inderagiri dan Pahang  -  40 kati emas setahun.
4.       Rokan,  Lingga, Rupat  dan  Tunggal    memberi ufti   - 40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang.
5.       Bekalan  barangan    diperoleh  daripada  negeri jajahan dan naungan Melaka.
6.       kembangkan agama ke kawasan taklukan
7.       Membentuk  empayar yang luas (penyambung keagungan kerajaan Srivijaya)
9. Sebab kejayaan Melaka
i.   pemimpin yang bijak ii.  pemimpin yang berwawasan iii. sokongan rakyat
iv. tentera yang gagah dan setia
(7) Rumusan
1.    Berbangga dengan kejayaan Melaka.
2.    Usaha pemimpin bawa kegemilangan Melaka





SEJARAH TINGKATAN SATU
BAB 6   :  KEMEROSOTAN MELAKA

(1) Faktor kemerosotan Melaka
a)   Kelemahan dan kepemimpinan
1.       Selepas  kematian  Bendahara  Tun  Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.       Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.       Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.       Tun    Mutahir    difitnah   cuba    mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.       Sultan  Mahmud  Shah     jatuhkan  hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6.       Selepas   sultan   menyedari   kesilapannya, baginda serahkan pemerintahan negeri kepada   puteranya   Raja   Ahmad   sebagai sultan Melaka.
7.       Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.       Bendahara Tun Perpatih Putih yang gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
9.       Pentadbiran lemah kerana
i.   tiada pemimpin berwibawa ii.  berlaku rasuah iii. fitnah berleluasa.
10.    Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, - kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.    Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

b)   Masalah perpaduan 1. Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka   menimbulkan  semula   persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2.       Persaingan   berlaku   kerana   amalan   pilih kasih dalam pentadbiran.
3.       Perebutan      pengaruh      wujud       antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun
Mutahir (keturunan India Muslim).
4.       Raja  Mendeliar  memfitnah  Tun  Mutahir yang  dikatakan  cuba  mengatasi  kekayaan sultan.
5.       Akibatnya sultan  membunuh Tun  Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa. 6. Rakyat Melaka berpecah belah,
7.       Perdagangan Melaka merosot.
8.       Keutuhan kerajaan terjejas.

c)       Kelemahan askar Melaka
1. Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti
i.   keris, tombak ii.  panah iii.  perisai Sejarah Tingkatan 1-Bab 6
iv. sumpit beracun.
2.           Askar  Melaka  mempunyai  senjata  seperti senapang dan meriam.
3.           Senjata   Portugis   lebih   baik,   contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4.           Angkatan  perang   Melaka   didapati   tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.           Angkatan perang  Portugis  dipimpin oleh
Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6.           Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.           Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka (2)  Kedatangan Portugis
a)   Sebab kedatangan.
1.       Sebab   Portugis   ke   Timur   ialah   Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory
(politik).
2.       Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.       Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.       Bartholomew   Diaz   berjaya   sampai   ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.       Vasco da Gama sampai di India
6.       Lopez de Squeira tiba di Melaka.
7.       Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.       Menghancurkan  kerajaan  Islam  di  Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9.       Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.    Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.    Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12.    Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka    mereka    akan    mendapat keuntungan yang lumayan.
13.    Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk
i.   mengawet makanan ii.  menyedapkan makanan seperti daging iii. memanaskan badan.





1
                                                                                                                                                    Sejarah Tingkatan 1-Bab 6



b)   Portugis menguasai Melaka.                                               (3) Rumusan
1.       Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar 1. Usaha    mempertahankan    kedaulatan oleh   Raja   Portugal   ke   Melaka   untuk bangsa     ditunjukkan     oleh     Sultan memulakan hubungan Mahmud  Shah,  Sultan  Ahmad  Shah
2.       Kedatangan mereka mulanya disambut baik     serta rakyat Melaka harus disanjung.
          oleh Sultan Mahmud Shah.                                                       2.         Kita harus mengambil iktibar daripada
3.       Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin kejatuhan Melaka di tangan Portugis keselamatan mereka oleh sultan Melaka. supaya   peristiwa   pahit   tidak   akan
4.       Pedagang  Islam  dari   Jawa   dan   Gujerat        berulang lagi. mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam.
5.       Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.       Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap     orang     Portugis     termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7.       Beberapa  orang  Portugis  yang  ditangkap mati dibunuh.
8.       Lopez     de     Sequeira     dan     beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.       Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10.    Alfonso menuntut
i.       pembebasan tawanan Portugal
ii.     menuntut ganti rugi iii. meminta mendirikan kubu di Melaka.
11.    Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso 12  Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.    Serangan   pertama   Alfonso   -   jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.    Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat    tentang kekuatan       pertahanan Melaka kepada Portugis.
15.    Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16.    Semangat    perjuangan    askar    Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
17.    Dalam serangan kedua - Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.    Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
19  Kemudiannya berundur ke Pahang 20. Seterusnya ke Bentan.
21. Di    Bentan,    Sultan    Mahmud    Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.
2



SEJARAH TINGKATAN SATU
BAB 7   : JOHOR MENEGAKKAN
SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA

(1)  Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

1.         Melaka   dikuasai   oleh   Portugis      ---   Sultan Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2.         Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.
3.         Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4.         Baginda ke Pulau Bentan.
5.         Di  Bentan  -  kumpul  tentera  dengan  bantuan penduduk jajahan takluk.
6.         Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli)   menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.
7.         Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia kpd baginda.
8.         Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9.         Serang-menyerang Melaka dan Bentan.
10.     Sultan   Mahmud   Shah   berundur   di   Kampar
(jajahan takluk Melaka)
11.     Mangkat di Kampar

(2)  Pengasasan kerajaan Johor
a)   Penerusan warisan Melaka
1.        Putera  Sultan  Mahmud  Shah  (Raja  Ali) jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2.        Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3.        Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4.        Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor
5.        Bendahara  dan  Seri  Nara  Diraja  ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor di Pekan Tua.
6.        Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7.        Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor  untuk  memperkukuhkan  lagi  kuasa baginda sultan.
8.        Sultan Johor mengawal hal ehwal Pahang.
9.        Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.
10.    Johor menguasai Aru.
11.    Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.
12.    Beliau menempatkan wakilnya di
i.   Bengkalis ii.  Kampar iii. Jambi iv.  Siak
v.  Rokan.
13.    Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14.    Negeri yang dikawal oleh Johor  membekalkan barangan eksport ke Johor .
15.    Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.
16.    Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17.    Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.

(b) Usaha Johor menguasai Melaka
1.     Pemerintah  Johor,  pembesar  dan  rakyat  tidak berputus asa menawan semula Melaka.
2.     Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3.     Angkatan  perang  Johor  bergabung  dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.
4.     Serangan gagal sebab
i.      kekebalan kota Melaka
ii.     persenjataan Portugis yang lebih baik
5.     Serangan angkatan Johor berterusan
6.     Pembesar  Johor  yang  usaha  menawan  semula
Melaka
i.      Tun Sri Lanang
ii.     Laksamana Tun Abdul Jamil
7.     Gabungan  Johor  dengan  Belanda  berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8.     Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat.
9.     Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10.  Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.

c)     Kebangkitan Acheh
1.       Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki  beralih ke Acheh.
2.       kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.
3.       Portugis    kenakan    peraturan    dan    sekatan perdagangan yang ketat.
4.       Kenakan  cukai  yang  tinggi  ke  atas  pedagang asing.
5.       Ketika  Sultan  Iskandar  Muda  Mahkota  Alam, Acheh jadi kuasa   kuat kerana   menguasai perdagangan Selat Melaka.
6.       Beliau berazam kuasai Tanah Melayu.
7.       Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8.       Setelah  menawan  Pahang,  Acheh    berperanan menentukan bakal sultan Johor.
9.       Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10.    Penaklukan  tersebut      membolehkan  Acheh menguasai perdagangan lada hitam yang diperlukan oleh pedagang asing.
d)  Persaingan antara Johor dengan Acheh
dan Portugis
1.         Johor, Acheh, Portugis bersaing menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.
2.         Perang  selama  100  tahun  -  dikenali  sebagai Perang Tiga Segi.
3.         Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4.         Johor  menyerang  Melaka  -  ingin  merampas semula Melaka daripada Portugis.
5.         Acheh   menyerang   Melaka   kerana   Portugis menghalang perdagangan Acheh.
6.         Acheh menyerang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh
7.         Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.

(3)  Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a)   Jajahan        takluk    Johor     dan         kecekapan pentadbiran
1.                   Jajahan  takluk  Johor  meliputi  wilayah  pantai barat  Semenanjung  Tanah  Melayu  iaitu  dari Klang hingga Singapura.
2.                   Johor menguasai
i.        Klang ii.  Batu Pahat iii.  Muar iv.  Pahang v.  Bentan vi. Lingga vii. Bangkalis viii.  Kampar ix. Siak
3.                   Faktor kegemilangan Johor.
i.        Kecekapan sultan ii.  Kecekapan pembesar iii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan iv. Perkembangan bidang persuratan

b)   Johor sebagai Pusat Perdagangan
1.       Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.
2.       Johor  -  pelabuhan  entrepot  bagi  Kepulauan Melayu.
3.       Kapal  dagang  Johor berdagang  hingga  ke Maluku dan Makasar.
4.       Ramai  pedagang  asing  datang  ke  Johor  spt pedagang China dari Canton dan Amoy.
5.       Kapal  dagang  barat  turut  ke  pelabuhan  Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6.       Ketika    Sultan    Mahmud    Shah    II    pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
7.       Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah  damar,  tikar,   bijih   timah,  sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gaharu dan beras
8.       Johor sebagai pembekal kain corak baru
9.       Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas,  kain  sutera  putih,  teh,  tembikar dan tembaga dari China.
10.    Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
11.    Perdagangan dijalankan melalui
i.            cara tukar barang ii.  mata wang.
12.    Mata wang emas dikenali sebagai mas
13.    Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14.    Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15.    Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.
16.    Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti
i.            Dolar Sepanyol ii.  Dolar Mexico iii. duit Belanda.
17.    Johor cekap mentadbir             pelabuhannya      dan mengamalkan cukai yang berpatutan.
18.    Setiap bahara lada hitam - dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.
19.    Setiap bahara timah - cukainya sepuluh keping emas.
20.    Keselamatan pedagang asing, sistem naungan diamalkan.
21.    Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh
i.            Bendahara ii.   Raja Indera Bongsu iii.  Temenggung iv. Laksamana.
22.    Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.
23.    Orang Laut menjadi
i.            pengawal pelabuhan ii.   pengawas perairan Johor iii.  Penunda iv. penunjuk arah kepada pedagang.
24.    Keistimewaan pelabuhan Johor
i.            terlindung daripada tiupan angin monsun. ii.  jadi pintu masuk di  selatan Selat Melaka iii. kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
iv. menjadi  pusat  membina  kapal  persisiran pantai  seperti  banteng,  baluk,  kolek, pencalang dan pencacap.

c) Perkembangan persuratan Melayu. 1. Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2.        Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3.        Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya.
4.        Hikayat    Hang    Tuah    mengisahkan   tentang keagungan Kesultanan Melayu Melaka
5.        Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa dan buku agama Islam.
6.        Pengarang terkenal
i.       Raja Haji Ahmad ii.  Raja Ali Haji.
7.        Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8.        Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9.        Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.
10.    Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
11.    Di antara karya yang dihasilkan
i.       Tuhfat al Nafis
ii.     Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-
rajanya,
iii.    Hikayat Johor serta Pahang, iv. Peringatan Sejarah Negeri Johor, v.  Aturan Setia Bugis dan Melayu, vi. Syair Sultan Mahmud Lingga, vii. Kitab Pengetahuan Bahasa viii.  Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.

(4)  Kemerosotan kerajaan Johor
a)   Perang Johor-Jambi
1.       Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.
2.       Abad  17,  Jambi  muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3.       Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4.       Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5.       Jambi     meminta     bantuan     Belanda     untuk menyerang Johor.
6.       Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7.       Perang menjejaskan perdagangan Johor.
8.       Sultan Alauddin Riayat Shah III   berundur dan bersemayam di Pahang.
9.       Keadaan Johor yang tidak selamat menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.
10.    Laksamana  Tun  Abdul  Jamil mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
11.    Kejayaan   menyebabkan   beliau   dianugerahi gelaran Paduka Raja.
12.    Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak- anaknya untuk memegang jawatan kanan dalam kerajaan  seperti  Temenggung,  Sri  Bija  Diraja dan Sri Amar Diraja.
b)   Perebutan kuasa.
1.       Laksamana   Tun   Abdul   Jamil   -   pembesar berpengaruh di Johor.
2.       Laksamana Tun  Abdul Jamil  ambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.
3.       Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.
4.       Beliau  tidak  disenangi  oleh  Bendahara  Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).
5.       Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.
6.       Anak   beliau   iaitu   bekas   permaisuri   Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
7.       Bendahara   Tun   Habib   Abdul   Majid   yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.
8.       Persengketaan    antara    kedua-dua    pembesar menjejaskan kestabilan politik Johor.
9.       Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapatkan semula kuasanya
10.    Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara

c)     Perebutan takhta
1.        Sultan Mahmud Shah II sultan yang zalim
2.        Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3.        Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
4.        Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5.        Bendahara  Tun  Abdul  Jalil  dilantik  menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
6.        Perlantikan   memulakan   kesultanan   Johor keturunan bendahara.
7.        Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8.        Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.
9.        Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.
10.    Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
d)   Penglibatan Bugis di Johor 1. Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir
2.       lima orang anak raja Bugis bersaudara
i.  Daeng Perani, ii. Daeng Menambun iii Daeng Merewah, iv. Daeng Chelak
v. Daeng Kemasi
3.       Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
4.       Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah  IV)  berpakat  dgn  anak  raja  Bugis bersaudara utk mengusir Raja Kechil.
5.       Raja Kechil berjaya dikalahkan 6. Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7.       Daeng  Merewah  bergelar  Kelana  Jaya  Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8.       Daeng Menampok   dikurniakan gelaran Raja Tua.
9 Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10. Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.
11     Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.
12     Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
13.    Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784
14.    Memberi  peluang  kepada  pembesar  Melayu untuk kembali menguasai pemerintahan.
15.    Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.
16.    Riau dikuasai oleh Bugis.
17.    Temenggung  Johor  bertapak  di  Pulau  Bulang dan   menguasai  Singapura  dan  Tanah  Besar Johor.
18.    Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19.    Sultan Johor bersemayam di Lingga.
20.    Orang  Laut  berpecah  dan  mengikut  pembesar Melayu.
21.    Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22.    Membawa  kepada  perpecahan  dalam  kerajaan Johor.
e)     Pengaruh  Syarikat  Hindia  Timur  Belanda (VOC)
1.         Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)  bertapak di Betawi, Jawa.
2.         VOC   memulakan   hubungan   perdagangan  di pelabuhan Batu Sawar
3.         VOC  bimbang  dengan  penguasaan Bugis  di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
4.         Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.
5.         Belanda mengalahkan Bugis
6.         Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.
7.         VOC bertindak mengusir orang Bugis.
8.         Persengketaan    Belanda  dan  Bugis    memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.
9.         Belanda  yang  berada  di  Betawi  dan  Melaka mencari peluang menguasai Johor.
10.     Apabila   Belanda   berjaya menguasai Riau, Belanda   menghapuskan   jawatan   sultan   dan Yamtuan Muda.

(5) Rumusan
1.     Johor menjadi lemah dan berpecah
2.     Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau
3.     Campur tangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.


BAB 8   : KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU

(1)  Kerajaan Melayu yang tua
- kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang dan Perak

a)   Kedah
1.       Asal usul nama Kedah
i.       Orang Cina panggil Kedah - Cheh-Cha.
ii.     Pedagang India - Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram
iii.    Pedagang Arab - Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar.
iv.   Orang Siam - daratan Kedah sebagai Sai.
2.       Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
i.       Kedah wujud pada abad ke-7. ii.  Raja  Kedah  pertama  -  Merong  Mahawangsa memeluk Islam
iii. guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3.       Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
i.       Maharaja Derba Raja memeluk Islam ii.  Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4.       Sultan  Muzaffar  Shah  bahagi  Kedah  kepada  tiga pusat pentadbiran i. Kota Palas ii. Langkawi iii. Kota Ulu.
5.       Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru 6.  Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
i.       mewujudkan pemerintahan sendiri ii.  Raja Perlis 1- Sultan Husain Jamalulail.
7   Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8.         Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.         Kedah bersahabat dengan Siam.
10.     Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.     Apabila  Kedah  diserang  Acheh,  sultan  Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12.     Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan Burma, Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.     Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.     Kedah diancam oleh Siam
15.     Berlaku perebutan takhta
16.     Kedah  minta  bantuan  Inggeris  bagi  menghadapi ancaman Siam.
17.     Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan Siam menyerang Kedah.
18.     Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur ke Pulau Pinang.
19.     Kedah   menyerang   balas   Siam   di   Kedah   dan memerdekakan Kedah.
20.     Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21.     Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22.     Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23.     Pengenalan sistem sukat dan mata wang memudahkan perdagangan.
25. Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negara.

b)   Perak
1.       Asal-usul nama
i.       Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
ii.      Sejarah Perak tulisan A.  Halim Nasir  -    nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2.       Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak
i.       Kesultanan Perak diasaskan ii.  Tun   Saban   hadap   Sultan   Mahmud   Shah   - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
iii.    Raja   Muzaffar   putera   Sultan   Mahmud   Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
iv.    Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama - Sultan Muzaffar Shah.
v.     Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3.       Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
4.       Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak
5.       Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
6 Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
7.       Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.
8.       Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
9.       Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
10.    Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
11   Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
12.    Siam menyerang Perak beberapa kali.
13.    Perak tewas.
14.    Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15.    Perak  membenarkan  orang  Siam  membeli  bijih timah dengan tidak membayar cukai.
16.    Tindakan  Siam  tidak  terhasil  apabila  British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.    Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
18.    Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semula jadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
c)     Pahang
1.       Asal usul nama
i.       Menurut  rekod  China,  orang  Cina  mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
ii.      Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang. iii. Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
iv.   Menurut  cerita  tradisi  Melayu,  nama  Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
v.     Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
2.       Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3.       Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
4.       Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
5.       Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, - Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6.       Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
7.       Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang - gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.       Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.


(2)  Kerajaan Melayu yang baru
- kerajaan  yang  wujud  selepas  zaman  Kesultanan Melayu   Melaka   seperti   Terengganu,   Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

a)   Kelantan
1.       Asal usul nama
i.       Sejarawan China - Shen-Yau dari Dinasti Tang mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan.
ii.     Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari gabungan  perkataan  ‘kolam’  bermaksud  tanah dan   perkataan  ‘autam’  bermaksud  sempadan. Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang akhirnya menjadi Kelantan.
2.       Kelantan  pada  asalnya  diperintah  oleh  beberapa orang raja di daerah berasingan.
3.       Apabila   Long   Yunus   menjadi   Raja   Kelantan, masyarakat Kelantan bersatu.
4.       Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
5.       Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.       Terengganu menyerang Kelantan.
7.       Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8.       Selepas  kemangkatan  Long  Yunus,  -  digantikan puteranya Long Muhammad.
9.       Long   Muhammad   menyerang   balas   dari   Ulu Kelantan
10.    Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu.
11.    Baginda  mengisytiharkan  dirinya  sebagai  Sultan Muhammad I.
12.    Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13   Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun  sekali  dan  Siam  membalasnya  dengan memberi hadiah yang berharga.
14.    Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan Kelantan.
15.    Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
16.    Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China.
17.    Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.
18   Negeri  Kelantan  dikenali  ‘Negeri  Cik  Siti  Wan Kembang’.
19.    Perpecahan   semasa   sendiri   akan   memudahkan campur tangan kuasa luar.
20.    Perpaduan benteng utama mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar.

b)   Terengganu.
1.       Asal-usul nama
i.         Menurut Sultan Umar - nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau.
ii.        Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama Terengganu  disebut  sebagai  Tong  Ya  Nong  dan Teng Ya Nung.
2.       Kerajaan  Terengganu  muncul  apabila  Tun  Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga
Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3.       Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4.       Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5.       Zaman    kegemilangan    Terengganu    -    semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan Terengganu ke-2).
6.       Terengganu      menjadi      pelabuhan      pedalaman terpenting di kepulauan Melayu.
7.       Sultan   Mansur   Shah   I   melibatkan   diri   dalam perdagangan.
8.       Baginda  turut  melantik  wakil-wakilnya  menjaga urusan perdagangan.
9.       Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.
19.    Terengganu jalin hubungan dengan Siam
20.    Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor.
21.    Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
22.    Sultan Mansor Shah I hantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan.
23.    Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
24.    Sultan Omar - raja yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam
25.    Terengganu - negeri terawal yang menerima agama Islam.
26.    Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu.
27.    Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi   menyebut   tentang   sepuluh   darma   atau undang-undang khususnya hukum jenayah Islam ditemui.
28.    Pengurusan   cemerlang   berkait   rapat   dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.


c) Selangor
1.        Asal usul nama - sempena nama Sungai Selangor.
2.        Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampung- kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka.
3.        Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).
4.        Daerah  ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.
5.        Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.        Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor.
7.        Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara.)
8.        Orang Besar Klang   hadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.
9.        Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu   ditabalkan   oleh   Sultan   Mahmud   (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah.
10.    Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah  (pengganti Sultan  Salehuddin  Shah),  Selangor  menjadi pengeluar bijih timah.
11.    Belanda ingin menakluki Selangor
12.    Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
13.    Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang.
14.    Dengan    bantuan    Pahang,    Sultan    Ibrahim mendapatkan semula Kuala Selangor.
15.    Belanda mengepung Kuala Selangor.
16.    Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17.    Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor dan Perak.
18   Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan.
19.    Iktibar dari sejarah negeri Selangor – setiap usaha yang  dilakukan  secara  gigih  pasti  mencapai kejayaan.
20.    Permuafakatan  dan  perundingan  perlu  diamalkan bagi mencapai matlamat.
d)   Negeri Sembilan
1.       Asal-usul nama
i.       Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah
atau luak
2.       Daerah tersebut ialah
i.       Sungai Ujong ii.   Rembau iii.  Jelebu iv.  Johol
v.   Ulu Muar vi.  Inas vii. Gunung Pasir viii.  Terachi ix. Jempul.

3.       Kemajuan     Melaka menarik                 minat     orang
Minangkabau ke Tanah Melayu.
4.       Mereka  menetap  di  Naning,  Sungai  Ujong  dan Rembau.
5.       Mereka  menunjukkan  taat  setia  mereka  kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.
6.       Sebelum   kedatangan   orang   Minangkabau,  telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu i.  Sungai Ujong, ii. Klang, iii. Jelebu
iv.  Johol.
7.       Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka.
8.       Selepas    kejatuhan    Melaka,    Bugis    mendirikan kesultanan Bugis di Selangor.
9.       Peristiwa  ini  menyebabkan  suasana  tidak  aman berlaku di Negeri Sembilan.
10.    Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11.    Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar.
12.    Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan.
13.    Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14.    Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
15.    Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan.
16.    Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

(3) Rumusan
1.  Pembentukan kerajaan Melayu memberi iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah negara bukanlah proses yang mudah.
2.  Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri dan kegigihan penting untuk negara.


BAB 9   :  WARISAN KESULTANAN MELAYU

(1)  Sistem pemerintahan negeri Melayu 
a)   Pentadbiran peringkat negeri 1. Sultan lambang kedaulatan negeri.
2.       Sultan miliki kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan
3.       Kedaulatan  melalui  kemampuannya  melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.       Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
5.       Unsur kukuhkan kedaulatan sultan - kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan 6. Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
7.        Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
8.        Cap mohor diraja   - alat kebesaran - mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.
9.        Alat kebesaran lain - tengkolok atau destar
10      Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
11      Warna kuning pada hiasan
12      Payung putih dikhaskan kepada raja 13  Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.    Nobat - alat muzik diraja dalam upacara
i.   pertabalan raja, ii.  kemangkatan raja dan kerabatnya iii. keberangkatan raja ke balairung seri.
15.    Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong, nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.    Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap 17.  Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
18.  Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19      Rakyat yang ingkar dianggap derhaka.
20      Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.

b)   Pentadbiran peringkat jajahan & daerah 1. Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.       Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.       Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.       Pembesar taat pada sultan.
5.       Tugas utama pembesar jajahan dan daerah
i.   jaga keamanan negeri ii.  pertahankan kedaulatan negeri. iii. serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan. iv. sediakan tenaga kerja.
c) Pentadbiran peringkat kampung
1.       Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu)
i.   pungut cukai ii.  bekalkan tenaga tentera iii. kekalkan taat setia masyarakat kampung.
iv. perantara pembesar dan rakyat jelata.
2.       Pemimpin kampung lain - golongan agama
3  Tugas golongan agama
i.   penasihat sultan, kadi, mufti ii.  berdakwah, iii. kendalikan pengajian agama iv. hasilkan karya agama.
v.  menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.
   4.          Golongan magis
i.   seperti bomoh dan pawing ii.  mahir di bidang perubatan.
iii. berkebolehan menyembuhkan penyakit iv. mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
v.  menjadi pemimpin masyarakat kampung.

(2) Sistem pemerintahan Negeri Sembilan (a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung 1. Berasal dari Sumatera.
2.       Datuk  Perpatih  Nan  Sebatang mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
3.       Adat  perpatih  dilaksanakan  apabila  orang Minangkabau berhijrah ke  Tanah  Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.       Datuk             Ketemenggungan                -               asaskan                 Adat
Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.       Adat  Ketemenggungan  dibawa  ke  Tanah  Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.
6.       Adat  Temenggung  diamalkan  di  semua  negeri  di Malaysia kecuali Naning dan Negeri Sembilan.
7.       Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.

b)   Sistem pemerintahan Negeri Sembilan 1. Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
2.       Peranan sama dengan peranan raja Melayu
3.       Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.       Empat  luak  diperintah oleh  Undang iaitu  Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau
5.       Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.       Tugas Undang - memilih Yamtuan Besar.
7.       Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.       Peranan Lembaga
i.   pilih Undang ii.  jaga keselamatan dan keamanan iii. selesaikan pertelingkahan antara suku iv. kendalikan pembahagian harta pusaka
v.  perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.       Buapak ialah ketua Perut 10. Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.    Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
12.    Hidup bersuku-suku
13.    Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.    Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih
i.   Anak Buah memilih Buapak ii.  Buapak memilih Lembaga. iii. Lembaga memilih Undang.
iv. Undang memilih Yamtuan Besar.
15.    Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.    Mempunyai alat kebesaran diraja

(3)  Undang-undang adat
1.       Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.       Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.       Pemerintahan bercorak autokratik.
2.       Kuasa tertinggi ditangani sultan atau raja.
3.       Peranan sultan
i.   ketua pentadbir ii.   ketua agama iii. simbol kedaulatan iv. perpaduan rakyat.
4.       Sistem kekeluargaan - sebelah ibu dan ayah.
5.       Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.       Nasab keturunan - sebelah bapa.
7.       Perkahwinan - hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.       Pembahagian harta pusaka - anak lelaki
9.       Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10.    Sultan   melaksanakan   hukuman.   Pembesar   atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.

b)   Adat Perpatih
1. Menekankan demokrasi dan permuafakatan. 2. Setiap suku mempunyai wakil
3.       Keputusan dibuat bersama.
4.       Yamtuan Besar berunding dengan Undang
5.       Keluarga  sebelah  ibu  diutamakan  kerana  jurai  ini melahirkan suku.
6.       Nasab keturunan - sebelah ibu.
7.       Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.       Perwarisan harta -     sebelah   ibu          kerana   anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9.       Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10.    Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.

(4)  Undang-undang bertulis
1. Himpunan  peraturan,  larangan   dan   adat   istiadat dalam bentuk bertulis.
(a)  Hukum Kanun Melaka
1.        Dokumen undang-undang
2.        Mengandungi 44 fasal.
3.        Menggariskan hak dan keistimewaan raja 4. Menggariskan peranan raja dan pembesar.
5. Mengandungi   unsur   Islam   -   berkaitan   jenayah, muamalah, keluarga,
(b) Undang-undang Laut Melaka
1.       Peraturan pelayaran & perdagangan.
2.       Antara kandungannya
i.       tugas pengawal kapal.
ii.     Langkah keselamatan dalam kapal. iii. Tugas anak-anak kapal.
iv. Penyewaan kapal dagang.
3.       Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.
(c)  Undang-undang Pahang
1.       Digubal masa Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin
2.       Kandungan
i.   adat lembaga negeri, keistimewaan raja& pembesar ii.  Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina iii. undang-undang awam.
d)   Undang-undang 99 Perak 1. Berasal daripada Parsi.
2.       Digunakan di Perak
3.       Terkandung 99 kesalahan dan hukuman.
4.       Kandungannya ialah
i.   syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi. ii.  Peraturan adat menghadap & lantik raja. iii. Hukuman jenayah, undang dan pertanian.
iv. Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.
e)     Undang-undang Kedah
1.     terbahagi
i.   undang-undang pelabuhan seperti cukai, ii.  peraturan keselamatan pelabuhan iii. peraturan timbangan dan ukuran.

(5)  Kegiatan ekonomi di negeri Melayu
a)   Pertanian
1.       Tanaman spt padi, sayur-sayuran
2.       Pertanian berhampiran sungai - tanahnya subur dan mudah dapat sumber air.
3.       Kawasan delta Sungai Kedah dan Kelantan - kawasan utama tanaman padi sawah.
4.       Peralatan   pertanian   –   tajak,       cangkul,   bajak, tenggala, penggelek, penyisir, pencakar, sabit, ketam padi dan kuku kambing
5.       Kerbau - membajak kawasan tanaman padi.
6.       Petani membina empangan. Contohnya Terusan Wan Mat Saman di Kedah.
b)   Perikanan
1.       Mahir membuat peralatan perikanan seperti serkap, tangguk, bubu, tanggul
2.       Hasil tangkapan diperdagangkan
3.       Lebihan hasil dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.
c)     Kraf tangan
1.       Memanfaatkan  sumber  semula  jadi  seperti  daun mengkuang, daun pandan, dan nipah.
2.       Sumber semula jadi dijadikan tikar, bakul
3.       Menenun songket dan hasilkan seni tekat.
4.       Membuat senjata seperti keris.
5.       hasilkan perhiasan daripada emas dan perak
d)   Perlombongan
1.       Kaya dgn bijih timah & emas.
2.       Melombong kerja tradisi orang Melayu.
3.       Bijih timah terdapat di
i.   Lembah Kinta ii.   Larut iii.  Dinding dan Beruas di Perak iv.  Sungai Linggi & Sungai Ujong
v.   Sungai  Bernam,  Sungai  Selangor  dan  Sungai Klang di Selangor.
4.       Emas di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
5.       Guna   kaedah   mendulang   atau   melampan   dan lombong Siam.
6.       Logam bijih timah dijadikan bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah.
7.       Emas dan perak - buat barang perhiasan.
e)     Sistem percukaian
1.       Cukai   -   bayaran  hasil pertanian,  perlombongan, perdagangan dan hasil hutan.
2.       Cukai menjadi pendapatan pemerintah
3.       Sungai - tempat memungut cukai.
4.       Cukai labuh batu   - cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.
5.       Jika cukai dipungut di kuala sungai - dikenali cukai bebas kuala.
6.       Cukai  dikenakan  ke  atas  barang  dagangan  yang dibawa masuk melalui pelabuhan.
7.       Cukai kepala - cukai kepada rakyat untuk membuat bunga  emas  (ufti).  Diamalkan di  Kedah,  Kelantan dan Terengganu.
8.       Cukai tanaman  - cukai dikenakan jika mengeluarkan hasil yang banyak.
9.       Cukai - lambang kekuasaan pembesar
f) Sistem serah dan kerah 1. Diamalkan olah masyarakat Melayu.
2         Sistem  serah   -   pemberian  hasil   tanaman      kpd pemerintah.
3         Balasan kpd pembesar yang sediakan tanah
4.       Kadar  dan  nilai  serahan  bergantung  kepada  hasil tanaman yang diperoleh
5.       Kerah - kerja yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu
g)   Perdagangan
1.       Perdagangan - jual beli dan tukar barang.
2.       Sultan dan pembesar menjadi pemodal.
3.       Sultan memonopoli kegiatan perdagangan.
4.       Perdagangan - secara berjaja di pasar atau di luar kawasan pasar.
5.       Pusat perdagangan - di pelabuhan seperti   Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama.
6.       Kegiatan   mengumpul   hasil   hutan   untuk   tujuan perdagangan dikenali meramu.
h)   Tukar barang dan penggunaan mata wang 1. Sistem perdagangan tukar barang (barter) .
2.       Kulit siput geweng & siput gerus - mata wang.
3.       Kemudian  guna  mata  wang  logam  daripada  bijih timah dan emas.
4.       Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka.
5.       Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan.
6.       Johor - mata wang emas mas dan kupang.
7.       Kelantan  -  wang  emas  kijang,  dinar,  kupang  dan pohon pitis.
8.       Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak - mata wang jongkong tampang atau timah 9. Di Selangor - jongkong timah (tampang sebuaya) 10.  Di Kedah- mata wang berbentuk ayam jantan.
i)        Timbangan, sukatan dan ukuran
1.       Timbangan - ukur berat sesuatu barangan.
2.       Alat dacing dan pikul
3.       Barangan ditimbang – emas, perak, bijih timah, 4. Sukatan mengukur isi padu sesuatu benda.
5.       Alat yang digunakan – kaul, cupak, gantang
6.       Barang yg disukat – beras, bijih timah, rempah,
7.       Di Kedah, unit relung mengukur keluasan tanah
8.       Ukuran anggota badan – sejengkal, sehasta.
9.       Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampung dengan kampung lain berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepelaung, setanak nasi

j)      Pengangkutan
1.       Jenis pengangkutan air – jalur, kolek, perahu,
2.       Denai penarikan
i.   perahu ditarik untuk sampai ke sungai ii.  hubungkan Pahang dengan Melaka.
iii. masa perjalanan menjadi singkat.
3.       Gajah, kerbau, lembu - mengangkut barangan.
4.       Sungai menjadi jalan pengangkutan utama
(5)  Sosiobudaya
1.       Dibahagikan  beberapa  lapisan  sosial  dan  hierarki kedudukan.
2.       Kedudukan individu berubah melalui 2 cara.
i.       taraf sedia - pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
ii.     taraf pencapaian - berubah ke lapisan lebih tinggi kerana kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kpd pemerintah.

a)   Struktur masyarakat gol pemerintah
1.       Kumpulan pemerintah terdiri daripada
i.       raja atau sultan ii.  keluarga dan kaum kerabatnya iii.  pembesar iv.  Ulama
v.   pendeta.
2.       Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri Melayu yang lain
3.       Perak menggunakan sistem giliran.
4.       Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
5.       Kerabat diraja jadi pembesar didaerah/raja di jajahan.
6.       Golongan pembesar (pentadbir)
i.       bantu sultan.
ii.      Arah rakyat melakukan kerja awam iii. Jawatan pembesar disandang secara monarki dan dilantik sendiri oleh raja atau sultan.
iv. Cthnya: jwt Laksamana oleh keluarga Hang Tuah.
7.       Kumpulan ulama
i.       ulama tempatan dan luar negeri.
ii.      bantu mendidik rakyat berakhlak mulia.
iii.    menjadi penasihat raja iv. sebagai guru agama, kadi atau imam.
8.       Golongan pendeta
i.       pakar dalam ilmu pengetahuan.
ii.      mahir  bidang  salasilah  raja,  kesusasteraan, kebudayaan, dan adat istiadat Melayu. iii. menjadi pakar rujuk sultan & masyarakat.
b)   Struktur masyarakat golongan diperintah
1.       Golongan diperintah terdiri daripada
i.   golongan merdeheka ii.  hamba
2.       Golongan     merdeheka     -     rakyat     biasa     yang bermastautin tetap dan orang asing.
3.       Rakyat biasa menjadi pedagang, petani, tukang ukir, pembuat senjata, penghibur raja, pelakon sandiwara, pawang, bomoh.
3.       Rakyat asing menjadi askar upahan,   pedagang dan pelombong.
4.       Golongan hamba - paling bawah sekali.
5.       Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
6.       Hamba  buat  kerja  pertanian,  perlombongan  dan pertahanan.

c) Gaya hidup golongan bangsawan 1. Gaya hidup raja - diamalkan di istana
2.       Gaya hidup pembesar - di luar istana.
3.       Golongan bangsawan terdiri daripada raja, kaum kerabat dan pembesar
4.       Golongan bangsawan amalkan adat-istiadat, bahasa dan cara berpakaian yang tersendiri.
5.       Dalam upacara pertabalan sultan Melaka
i.       Bendahara duduk berhampiran singgahsana.
ii.      Laksamana dan Sri Bija Diraja bawa pedagang kerajaan.
6.       Alat-alat kebesaran dibawa bersama - keris panjang, cogan, tepak, ketur, tempat bara dan kitab al-Quran
7.       Dalam upacara kemangkatan raja
i.       jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam
ii.      Bendera   kuning   akan   diturunkan  dan   diganti dengan bendera putih. iii. Tembakan     meriam     akan     dilepaskan     bagi
menghebahkan kepada rakyat.
iv. upacara perlantikan raja yang baru
8.       Dalam upacara menjunjung duli
i.       dilakukan oleh pembesar sebagai tanda taat setia.
ii.      dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.
iii.    Semasa  menghadap  raja,  menggunakan  istilah
patik dan tuanku.
iv.    dilarang menggunakan bahasa dalam
v.     mestilah bertanjak, berpancung dan kerisnya hendaklah diselitkan di hadapan. vi. Orang yang menghadap dilarang memakai kain nipis yang dipanggil kasa.
9.       Upacara menyambut tetamu atau utusan
i.       sambutan dibuat berdasarkan kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau tidak
ii.      Jika   taraf   negara   lebih   rendah   ,   maka   alat kebesaran dan peralatan sambutan kurang berbanding dengan negara setaraf.
10.    Dari segi pakaian diraja, pakaian diraja - dibuat guna emas dan dihiasi permata.
11.    Alat perhiasan - pending, dokoh, bengkung dan keris.
12.    Gaya hidup bangsawan melambangkan status lebih tinggi serta membezakannya dengan rakyat biasa.
d)   Gaya hidup golongan rakyat
1.           Diamalkan di luar istana.
2.           Nilai murni seperti gotong-royong.
3.           Di  utara  Sem.  Malaysia,  amalan  gotong  royong dinamakan berderau atau berseraya.
4.           Amalan menghormati jiran
i.            Jiran dianggap keluarga terdekat. ii.  Menghormati jiran
5.           Menghormati orang lebih tua
i.            dipanggil pangkat seperti pak long, pak ngah dan pak lang. ii.  mencium tangan orang yang lebih tua.
iii. membongkokkan badan dan berjalan dengan tertib di hadapan atau belakang orang yang lebih tua.
6.           Amalan budaya ziarah-menziarahi.
i.            Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah. ii. Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, lalu dihamparkan tikar
iii.    Tepak   sirih   disorongkan   dan   makan   minum dihidangkan.
iv.   Sebelum makan, mereka membasuh tangan dan membaca  doa,  tangan  kanan  digunakan  untuk menyuap makanan.
v.     Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana dianggap tidak sopan.
7.           Amalan mementingkan perpaduan, tolong-menolong

e)     Kegiatan masa lapang
1.       Bangsawan dan rakyat- aktiviti seperti bermain sepak raga, catur, senjata, bersilat, menunggang kuda.
2.       Di istana raja, golongan penghibur seperti
i.   tukang cerita ii.   penyair iii.  Penyanyi iv.
ahli muzik
3.       Muzik dan tarian yang dipersembahkan - tarian Asyik dan tarian Mak Yong.
4.       Rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layang- layang, bermain gasing, bersilat, bercerita, berpantun
5.       Aktiviti masa lapang memupuk persefahaman dan menajamkan fikiran.

f)     Karya persuratan
1.       Karya persuratan -  melalui tulisan jawi.
2.       Karya persuratan ialah bidang agama seperti fikah, usuluddin,
3.       Karya      lain      seperti      karya      kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah,
4.       Contoh karya - Misa Melayu, Sejarah Melayu,  Syair Sultan Ahmad Tajiddin,  Nazam Kamzul la,  Tuhfat al-Nafis dan Kitab al-Darr al Manzum.
5.       Karya persuratan-tambah ilmu pengetahuan.

g)   Sastera lisan
1.       Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang
2.       Sastera lisan memberi hiburan dan memberi nasihat.
3.       Antara sastera lisan
i.       cerita penglipur lara seperti Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik
Tunggal



ii.     cerita jenaka - Lebai Malang, Pak Kaduk, dan Si Luncai. iii. cerita   binatang  -   Sang   Kancil   dan   Harimau, Pelanduk dan Buaya, serta Kura-kura dan Arnab.
iv. cerita dongeng -   Puteri Sa’dong, Tasik Dayang Bunting, dan Cik Siti Wan Kembang.
h)   Kesenian rakyat
1.        Antara kesenian rakyat - kesenian muzik, seni tari, seni suara, seni ukir, seni bina,
seni mempertahankan diri.
2.        Kegiatan seni mempamerkan bakat dan nilai mutu seni yang tinggi.
3.        Kegiatan seni berkumpulan membentuk masyarakat bersatu padu.
4.        Seni muzik  – Hadrah, gamelan, rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan  gong.
5.        Seni tari – joget, inang, zapin, kuda kepang, asyik.
6.        Seni  suara  atau  lagu  -  endoi  atau  dendang  Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban, nasyid
7.        Seni bina
i.         Rumah  orang  Melayu  berbumbung  panjang, bertebar layer dan tidak berpaku.
ii.       Rotan atau akar untuk mengikat persendian, bahagian dalaman rumah dihiasi ukiran bermotif alam semula jadi. iii. Reka bentuk dipengaruhi unsur luar.
Di Negeri Sembilan- pengaruh rumah Minangkabau. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang - pengaruh seni bina Siam dan Majapahit.
iv. Orang Melayu Johor  mendapat pengaruh reka
bentuk Belanda.
8.        Seni ukir orang Melayu
i.         bijak mengukir tembaga, ii.  memahat dan mengukir pintu iii. membuat mimbar masjid. iv. Ukiran  -   corak   ukiran  timbul,  terbenam  dan tembus.
v.  Tema ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat
al-Quran dengan tulisan khat.
9.        Seni tekat
i.         popular di kalangan Melayu.
ii.       guna kain baldu untuk dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon.
iii.      Contoh: kipas,bantal & balutan tepak sirih iv. terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.    Tenunan
i.         tiga jenis iaitu   tenunan biasa, benang ikat celup dan songket.
ii.       Corak tenunan berunsurkan tumbuhan, binatang,
bunga dan bentuk geometri.
11.    Seni mempertahankan diri dan bermain senjata
i.         rakyat mendisiplinkan dirinya ii.  ketahanan diri menghadapi musuh.



i)      Adat resam
1.       Adat perkahwinan.
i.        Merisik - mengetahui gadis sudah berpunya atau tidak, cincin tanda diberi sebagai tanda setuju.
ii.      Meminang - di mana pihak lelaki menghantar
rombongan peminangan dgn bawa cincin iii. Tarikh akad nikah & majlis perkahwinan iv. Majlis akad nikah - diadakan di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh juru nikah.
v.  Majlis perkahwinan - pengantin bersanding di atas pelamin.
2.       Adat menyambut bayi.
i.        Selepas seminggu bayi dilahirkan ii.  Kenduri dan upacara cukur jambul iaitu mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah Taala. iii. Diadakan bacaan berzanji dan marhaban.
iv. Majlis  diakhiri  dengan  bacaan  tahlil  dan  doa
selamat.
3.       Adat Berkhatan
i.        Bagi kanak-kanak lelaki yang telah baligh (cukup
umur)
ii.      dilakukan beramai-ramai iii. kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.
iv. Upacara berkhatan oleh Tuk Mudim.

j)      Pendidikan
1.       Pendidikan tidak formal
i.       kanak-kanak mempelajari pantang-larang, adat- istiadat dan adab sopan dr ibu bapa/ orang dewasa
ii.     dipelajari secara tidak langsung. iii. Melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka- teki. iv. Berkesan kepada kanak-kanak. v.  kemahiran pertukangan vi. ilmu perubatan tradisional.
vii.       Kemahiran   melalui   pemerhatian   kanak-kanak sendiri.
viii.     seni mempertahankan diri.
ix.        Kemahiran diwarisi
2.       Pendidikan formal
i.       berkembang selepas kedatangan Islam ii.  Pelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam
iii.    Diadakan  di  istana,  masjid,  pondok,  madrasah, surau dan rumah guru agama.
iv.    Ada melanjutkan pelajaran agama ke Makkah.
3.       Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak  mulia,  berkelakuan  sopan,  bertatasusila dan berhemah tinggi.

(6) Rumusan
1.   Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.   Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
3.   Harus mengamalkan budaya kekitaan
4.   Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa.





5


BAB 10 :  SARAWAK

(1)  Latar belakang sejarah Sarawak
1.       Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
2.       Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu.
3.       Buktinya ialah
i.   tinggalan tembikar ii.  kapak, pisau daripada batu iii. lukisan yang diconteng pada dinding gua.
4.       Negeri terawal diduduki oleh manusia
(2)  Pertalian  Sarawak  dgn  Kesultanan  Brunei dan Sulu.
1.       Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15.
2.       bahagikan Sarawak kpd unit jajahan.
3.       Setiap   unit   jajahan   ditadbir   oleh   seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
4.       Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap
5.       Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.
(3)  Masyarakat Sarawak
1.       Terbahagi mengikut kawasan penempatan
i.   persisiran pantai ii.  lembah sungai iii.  pedalaman dan tanah tinggi.
2.       Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
3.       Corak   penempatan   &   taburan   penduduknya berselera  menyebabkan  mereka  kurang berhubung dgn orang luar (a)  Masyarakat di persisiran pantai.
1.       Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang,  Sibu,  Mukah, Oya,   Saribas dan Tanjung Datu.
2.       Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.
b)   Masyarakat di Lembah sungai. 1. Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai  Skrang, Sungai  Batang  Lupar  dan Sungai Rajang.
2.       Orang  Bidayuh  tinggal  di  Singgai,    Sadong, Sungai Kayan.
3.       Orang   Kenyah   tinggal   di   kawasan   Batang Baram, Ulu Batang, Rajah, Balui.
c)       Masyarakat di pedalaman.
1.       Orang  Kelabit tinggal  di  kawasan  Lembah Terusan, Sungai Baram.
2.       Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.
3.       Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Trusan dan Limbang.
10
(3)  Kegiatan sosiobudaya
a)   Pendidikan.
1.       Penduduk   bumiputera   menerima   pendidikan tidak formal dan formal.
2.       Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan  amalan  dan  kepercayaan  turun- temurun spt cara berburu dan pungut hasil hutan.
3.       Pendidikan    formal    berkaitan    agama    yang dijalankan di masjid dan sekolah agama.
4.       Pendidikan agama  Islam  -  membaca  al-Quran dan menulis jawi diajar kepada etnik yang beragama Islam.
5.       Pendidikan  berkaitan  hukum  Islam  spt    cara melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai.

b)   Peraturan dan adat resam.
1.       Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran Islam,
2.       Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun
3.       Masyarakat   bumiputera   Sarawak   mempunyai tuai rumah - bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan
4.       Tuai  rumah selesaikan masalah    perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan.
5.       Dua upacara ditentukan oleh tuai rumah
i.   tarikh Hari Gawai (pesta menuai) ii.  tarikh perayaan ‘Beranyi’.
6.       Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil tajau.
7.       Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.
8.       Tajau  berfungsi  sebagai  harta  simpanan  dan diperoleh secara tukar barang.
9.       Orang Kayan,  Kelabit dan  Kenyah    menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah atau  tembaga  hingga  cuping  telinga  menjadi lanjut.
10.    Menindik telinga gambarkan kecantikan.
11.    Jenis   anting-anting   yang   digunakan   akan menggambarkan status yang berbeza.
12.    Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah   - amalan melukis tatu pada badan.
13.    Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam.
14.    Orang  Iban,  Bidayuh  dan  Orang  Ulu  masih tinggal di rumah panjang.
15.    Rumah panjang spt sebuah perkampungan.
16.    Tuai rumah menjaga keamanan anak buah.





1


c)       Kebudayaan.
1.       Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2.       Ciri-ciri perayaan Kaul
i.       Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii.     Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit. iii. serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv. Serahang   inilah   yang   disediakan   untuk menjamu ipok.
3.       Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai).
i.       Jenis  Hari  Gawai  -  Gawai  Burung,  Gawai
Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu ii.   Tarian   Ngajat   sebagai   tanda   kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4.Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang.
i.   hanya kaum lelaki yang menari. ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun. iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.
d)   Agama dan kepercayaan.
1.       Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya - amalkan kepercayaan animisme.
2.       Orang  Melanau  yang  bukan  beragama  Islam percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok.
3         Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad
i.       amalkan hidup berpindah - randah,  apabila berlakunya kematian. ii.  Dilarang menetap kekal di suatu tempat.
iii. Dilarang    menebang    pokok    besar    dan
melapangkan kawasan hutan.
4         Kepercayaan orang Iban
i.       apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yg ingin didirikan rumah perlu disemah terlebih dahulu.
ii.     percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
iii.    Bunyi  burung  -  dikatakan  petanda  mereka
tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.

(5)  Kegiatan ekonomi
a)   Sara diri.
1.       Menyara hidup dengan
i.       menanam padi huma atau padi bukit
ii.     jadi nelayan, iii. pungut hasil hutan iv. berniaga kecil-kecilan.
2.       Orang  Iban,  Murut,  Kenyah  dan   Kayan  di kawasan pedalaman menanam padi, berburu dan
memungut hasil hutan
10
3.       Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang - berburu binatang dengan menggunakan sumpitan.
4.       Pekerjaan orang Melayu
i.       menanam padi sawah dan kelapa ii.  peniaga kecil-kecilan iii. orang tengah dalam perniagaan.
5.       Kegiatan ekonomi orang Melanau
i.       menanam padi sawah ii.  menjadi nelayan.
6.       Kegiatan ekonomi orang Bidayuh
i.       menanam padi huma ii.  jadi peladang.
7.       Kegiatan ekonomi orang Kelabit
i.       menanam padi sawah ii.  berburu iii. pungut hasil hutan.
8.       Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan
b)  Pertanian
1.       Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.
2.       Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario.
3.       Sagu diusahakan oleh orang Melanau,
i.   sagu ini tumbuh di kawasan berpaya ii.  Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang iii. Ripo  (isi  dalam  sagu)  dikeluarkan,  dijemur hingga kering
iv. diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak.
4.       Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu. 5. Lada hitam oleh Kedayan dan Murut
6. Sarawak pengeksport lada hitam.

c)     Perlombongan
1.       Antimoni dan emas bahan galian terpenting
2.       Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
3.       Kaum Bidayuh - kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan
4.       Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.

d)   Perdagangan
1.       Kesultanan  Melayu  Melaka  pernah  menjalin hubungan perdagangan dengan Sarawak.
2.       Barangan  Sarawak  -  lada  hitam,  halia,  kapur barus, sarang burung, emas, permata, ikan
3.       Sarawak    dikunjungi    pedagang    Cina    utk dapatkan lada hitam, kapur barus,  emas, kayu cendana, sumbu badak, telur penyu.
4.       Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di Santubong.
5.       Pedagang    Cina,  Arab,  India  dan  Kepulauan Melayu membawa barangan tembikar, sutera, barang logam, kain, barang perhiasan
2


BAB 11 : SABAH

(1)  Latar belakang sejarah Sabah
1.       Gelaran negeri di Bawah Bayu
2.       Nama  Sabah  berasal  drp  perkataan  ‘saba’  - sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.
3.       orang Bajau memanggilnya pisang jaba.
4.       Masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.

(2)  Sabah dgn kesultanan Brunei dan Sulu
1.        Sebelum abad  ke-16,  Sabah  tidak  mempunyai pemerintahan   beraja   atau   organisasi   sebuah negeri
2.        Dibahagikan kepada tiga
i.        sistem politik kesukuan ii.  sistem politik kesultanan iii. sistem politik ketua bebas.
3.        Sistem   politik   kesukuan   terdapat   di   daerah pedalaman -didiami   Kadazandusun, Murut dan Orang Sungei.
4.        Mereka   hidup   dalam   kelompok   kecil   dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai.
5.        Sistem politik diamalkan di pedalaman walaupun Sabah  diperintah  oleh  Kesultanan  Brunei  dan Sulu.
6.        Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
7.        Abad17, Sabah dikuasai Kesultanan Brunei.
8.        Kesultanan  Brunei  –  ada  masalah  perebutan kuasa
9.        Sultan Muyiddin serahkan kawasan timur  laut Brunei  kepada  sultan  Sulu  kerana pertolongannya menewaskan musuh.
10.    Sabah dibahagikan kepada dua kesultanan
i.        Kesultanan Brunei ii.  Kesultanan Sulu.

(2)  Masyarakat Sabah
1. Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei,   Murut, Suluk, Orang Sungei, Kedayan dan Bisaya.
a)   Persisiran pantai.
1.       Orang Melayu-Brunei di  kawasan pantai barat Papar, Kimanis, Sipitang.
2.       Orang Bajau di pantai barat dan pantai timur spt Kota Belud, Papar, Semporna, Tuaran.
3.       Orang  Suluk  di  pantai  timur  spt  Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat.
b)   Lembah pantai
1. Kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt Penampang, Tambunan, Ranau, Papar, Kudat.
c)     Pedalaman
1.     Murut  di  Tenom,  Persiangan,                 Keningau  dan Rundum.

(3)  Kegiatan sosiobudaya
a)   Pendidikan
1.       Pendidikan tidak  formal  dipelajari  oleh  kanak melalui keluarga atau masyarakat.
2.       Mempelajari   kemahiran   -   cara   memancing, memanjat, berburu, bertukang,
3.       Pendidikan formal amat terhad
4.       Pendidikan berkaitan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah guru agama.
b)   Peraturan dan adat resam. 1. Undang adat penting dalam kehidupan
2.       Amalan  undang adat  seperti  babas,  sogit,  dan kepanasan dijalankan oleh ketua adat. Bertujuan eratkan hubungan masyarakat.
3.       Kadazandusun percaya jika tidak mematuhinya maka malapetaka seperti wabak penyakit, bencana alam serta kerosakan tanaman   akan berlaku.
4.       Undang adat dijalankan dalam amalan pertanian, perkahwinan dan kematian.
5.       Dalam  adat  pertanian  -  amalan  monogit  iaitu upacara  memuja  semangat  padi  semasa menanam dan menuai padi.
6.       Selepas musim menuai, perayaan penting orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai.
i.       pesta menuai setiap tahun 30 dan 31 Mei ii.   petani akan datang beramai-ramai.
iii. menjual  hasil  tanaman  mereka  di  tempat
perayaan atau Tamu Besar. iv. tarian Sumazau dipersembahkan
       v.  Penari-penari       memakai  baju  hitam  yang
bersulamkan benang emas
7.       Dalam adat perkahwinan kaum Bajau
i.       perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang.
ii.     Cahaya   bulan       yang   terang menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki. iii. Upacara perkahwinan - Rabu dan Ahad.
       iv. acara     maglamilami (beramai-ramai)      iaitu
menjamu selera & menyaksikan hiburan.
8.       Dalam adat kematian orang Murut
i.       saudara-mara  kaum  Murut  memukul  tiang rumah apabila berlaku kematian
ii.     Mayat  dibersihkan  dan  dipakaikan  pakaian sebelum dikebumikan. iii. Mayat dikebumikan dalam posisi duduk.
iv.    Mayat dibakar dalam tembikar
v.     disimpan dalam rumah selama tujuh hari.
1
c)       Agama dan kepercayaan.
1.       Pada awalnya masyarakat mengamalkan pagan dan kepercayaan animisme.
2.       Kedatangan agama Islam membawa nilai-Islam kepada Bajau dan Melayu-Brunei.
3.       Keadaan tersebut mewujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan.
4.       Kumpulan etnik tersebut mewujudkan sistem ketua di  sesebuah kampung atau orang tua  di rumah panjang.
5.       Bagi etnik beragama Islam, ketuanya berperanan menguatkuasakan hukum agama Islam.
6.       Orang  Tua  menguatkuasakan  undang  adat  di kalangan etnik bukan beragama Islam.
Agama dan kepercayaan Kadazandusun;
1.         Mengamalkan kepercayaan animisme.
2.         Sebilangan kecil memeluk agama Islam.
3.         Tuhan Kinorohingan bersemayam di dunia lain.
4.         Percaya  setiap  orang  yang  mati  rohnya  akan pergi ke Gunung Kinabalu
5.         Apabila tiba masanya roh itu akan pergi lebih jauh lagi sama ada ke syurga atau neraka.
6.         Setiap  tahun,  mengadakan  upacara  Magavau selepas  menuai  padi.  Upacara  untuk menghormati semangat padi.
7.         Pesta  Keamatan  -  tanda  kesyukuran  kepada
Kinorohingan yang memberi hasil padi
8.         Upacara     semasa     Pesta     Keamatan     ialah pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).
9.         Ratu Cantik   melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
10.     Bomoh untuk membuang kepanasan   dipanggil Bobohizan.
Agama dan kepercayaan kaum Murut
1.       mempercayai animisme
2.       Gunung  Antulai  atau  Gunung  Aru  (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
3.       Percayai  Aki  Kopuno  -  kuasa  yang  mencipta segala-galanya.
4.       Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.

d)   Kesenian
1.       Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun
i.       ditarikan  ketika   pesta   menuai,   musim perayaan
ii.      disertakan  pertandingan  unduk  ngadau  atau
ratu cantik.
2.       Tarian Magunatip oleh etnik Murut
i.       semasa  majlis Hari  Magavau iaitu  memuja semangat padi. ii.  diiringi  pukulan  gong  oleh  sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang berpakaian tradisi.
iii. Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang  pangkal  alu  supaya  tidak berganjak dari kedudukannya.
3.       Tarian Mangalang oleh etnik Murut
i.       ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi).
4.       Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
5.       Alat muzik bumiputera diperbuat daripada buluh. Contoh  alat  muzik  bas, sompoton,  gabang, suling, kulintangan, salun
6.       Pembinaan rumah panjang
i.       tempat tinggal orang Murut dan Rungus. ii.  dibuat daripada hasil hutan seperti buluh, iii. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar.
iv. Ketua penghubung pemerintah - rakyat.
7.       Mahir membuat barangan kraf tangan

(4)  Kegiatan ekonomi
a)   Sara diri
1.       Pertanian, pungut hasil hutan, pungut hasil laut dan tangkap ikan.
2.       Pertanian kekal dan pertanian pindah.
3.       Pertanian pindah - tanaman padi huma di kaki bukit, petani berpindah selepas dua atau tiga tahun utk mencari tempat baru.
4.       Pertanian kekal  spt  padi  sawah  -  tertumpu di kalangan Kadazandusun di lembah pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran
5,    Orang Murut memungut hasil hutan
6.       Melayu-Brunei, Suluk &Bajau -pungut hasil laut
7.       Orang Bajau - penyelam & kutip hasil laut 8. Tangkap ikan- penduduk di persisiran pantai
9.   Orang Bajau - nelayan.
10     Gua Gomantong di Sandakan - pengeluar sarang burung utk dieksport ke China.
11     Sarang burung berwarna putih dan sarang burung berwarna coklat. Sarang burung berwarna putih lebih berkhasiat.
13  Untuk dapatkan sarang burung, pemungut guna tangga atau panjat dinding yg tinggi dgn menggunakan buluh.

b)   Perdagangan
1.       Bertukar barang/ berjual beli di Pasar Tamu.
2.       Berkumpul menjual hasil keluaran mereka.
3.       Orang    Bajau,    Melayu-Brunei    dan    Suluk perdagangan hasil laut dan beras.
4.       Kadazandusun  &  Murut    perdagangan  hasil hutan.
5.       Perdagangan secara tukar barang.
6.       Barangan ditukar -  damar,  getah perca, bahan getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak, manik, dan barang-barang makanan.
7.       Pasar Tamu eratkan hubungan antara etnik dan wujudkan semangat muhibah